Resepi Ikan Talapia Merah Grill (Mudah Tapi Sedap)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi ikan bakar yang biasa ditemui digerai-gerai ikan bakar. Ikan bakar yang digunakan kali ini ialah ikan talapia merah. Ikan talapia adalah sejenis ikan sungai yang mempunyai isi yang putih. Selain dari dibakar ia juga amat enak digoreng begitu sahaja.
Resepi ikan bakar kali ini menggunakan bahan yang amat ringkas. Penggunaan daun pisang sebagai medium untuk membakarnya boleh juga ditukar kepada aluminium foil walaupun begitu daun pisang lebih harum dan menarik. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.
Resepi Ikan Talapia Merah Grill (Mudah Tapi Sedap)
Bahan utama
- 3 ekor ikan talapia merah (disiang dan dikelar perutnya)
Bahan-bahan kisar (guna air yang minima)
- 1 buku bawang putih
- 1 ulas bawang besar
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 sudu besar cili giling
- 1 biji limau kasturi
- 1 kuntum bunga kantan (pilihan)
- Daun pisang dan daun kunyit secukupnya (pilihan )
Kaedah
- Bersihkan ikan dan perap bersama garam dan serbuk kunyit.
- Kemudian letakkan ikan didalam daun pisang atau aluminum foil.
- Tambahkan bahan yang telah dikisar dan lumur dengan bahagian depan dan belakang ikan.
- Perahkan sedikit jus limau diatasnya.
- Taburkan hirisan daun kunyit atau bunga kantan jika anda suka.
- Balut kemas ikan dengan daun pisang.
- Panggang ikan didalam kuali anggaran masa 5-7 minit.
- Balikkan ikan agar masak kedua belah bahagian ikan.
- Siap, bolehlah dihidang bersama air asam ringkas.
Ikan talapia merah mempunyai isi yang lebih sedap, namun begitu anda juga boleh mencuba resepi ini menggunakan ikan talapia hitam. Ini kerana harganya lebih murah, cuma ia mempunyai bau yang lebih hanyir, oleh itu anda boleh mencucinya dengan lebih teliti menggunakan asam limau atau asam jawa bersama sedikit tepung gandum dan garam.
Bagaimanapun anda seharusnya mencuba resepi ini kerana bukan sahaja ringkas tetapi juga amat sedap, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.