Resepi Ikan Bawal Hitam Sweet & Sour Kalau Korang Makan Gerenti Suka
Kali ini kami bawakan resepi ikan bawal hitam sweet & sour yang amat sedap dimakan bersama nasi putih. Hidangan ini juga amat popular dihidangkan di restoran sekitar kita. Ianya menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana rasanya amat lazat dan sesuai dimakan oleh semua lapisan masyarakat.
Cara pembuatan ikan bawal hitam sweet & sour ini juga mudah untuk disediakan dan tidak rumit. Ikan bawal ini akan digoreng terlebih dahulu dan sosnya dimasak asing. Kemudian, gabungan dua hidangan ini sudah pasti membuat semua yang merasainya jatuh cinta! Bahan – bahan untuk membuat hidangan ini juga amat mudah untuk didapati.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Arani Zawawi dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!
Resepi Ikan Bawal Hitam Sweet & Sour
Bahan – bahan:
- 3 ekor ikan bawal hitam
- 1 labu bawang besar – dipotong bulat
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah
- 1 cm halia
- sos tomato – 4 sudu besar
- sos cili – 4 sudu besar
- sos tiram – 3 sudu besar
- garam secukup rasa
Cara – cara memasak:
- Siang ikan dahulu kemudian dibasuh, seterusnya gaul garam dan kunyit. Kemudian goreng hingga masak.
- Minyak goreng ikan tadi tuang ke dalam bekas lain, tinggal sedikit dalam kuali tadi.
- Tumis bawang besar dan putih serta halia. Masukkan sos tomato dan cili jika pekat dan masukkan sedikit air.
- Setelah kuah mendidih masukkan nenas (jika ada) serta garam secukup. Kemudian masukkan ikan goreng tadi.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan, hias dengan hirisan cili merah, daun bawang.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!