Resepi Ikan Bakar Portugis (Sedap Macam Dikedai)

Resepi kali ini merupakan resepi kek ikan bakar yang popular dan biasanya didapati diatau restoran. Ikan bakar Portugis ini adalah ikan yang dibakar bersama sambal yang dibuat seperti masak asam pedas. Namun pes yang di sediakan lebih kering dan ia dimasak terlebih dahulu. Kemudian ianya dituang di atas ikan sebelum dibakar, kebiasaannya ia dihidangkan bersama hirisan sayur bendi.

Bagi anda yang ingin menjadikan sendiri hidangan ini untuk keluarga anda berikut adalah bahan-bahan yang di perlu.

Resepi Ikan Bakar Portugis

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan pelaling(atau apa-apa jenis ikan )– kelar
  • 5 helai daun limau purut – hiris halus
  • 1 sk penuh garam
  • 1 sb penuh gula
  • Aluminium foil/daun pisang

Bahan di tumis:

  • 3 sb cili kering kisar
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 hiris lengkuas
  • Garam
  • Gula

Kaedah 

  • Kisar semua bahan-bahan tumis diatas dan masak semua bahan2 tumis seperti memasak sambal.
  • Masak hingga pecah minyak
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Ketepikan 
  • Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Masukkan ikan kedalam aluminium foil.
  • Tuangkan sambal yang telah ditumiskan tadi.
  • Taburkan daun limau purut.
  • Bakar ikan didalam kuali ajaib atau oven.
  • Selepas ½  jam membakar, keluarkan sebentar.
  • Taburkan dengan hirisan sayur bendi (pilihan)
  • Sambung bakar untuk lagi 10 minit.
  • Siap!

Lazimnya masakan ini dijamu bersama sup kosong atau sambal belacan dan ulam ulaman. Sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan makan tengah hari, anda seharusnya mencuba sendiri resipi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *