6 Pilihan Resepi Ice Blended untuk Dicuba Sendiri Di Rumah
Ice blended ialah minuman sejuk yang dibuat dengan mengisar ais bersama bahan-bahan lain seperti buah-buahan, kopi, teh, coklat, atau sirap. Hasil setelah mengisar adalah minuman yang bertekstur halus dan berais, mirip dengan smoothie tetapi lebih cair bergantung pada bahan yang digunakan.
Kalau anda nak tahu terdapat banyak variasi ice blended, seperti ice blended coklat, ice blended kopi, dan ice blended buah, yang boleh disesuaikan mengikut citarasa anda sendiri.
Ice blended sering diminum sebagai minuman menyegarkan, terutamanya ketika cuaca panas, kerana rasa sejuk dan masih boleh mengekalkan perisa yang digemari ramai. Resipi ini biasanya mudah diikuti, menjadikannya pilihan yang popular sebagai minuman santai di rumah.
1. Resepi Ice Blended Coklat
Siapa sahaja tak suka coklat kan? Resepi ice blended coklat ini memang nikmat. Paling sedap bila letak banyak-banyak serbuk atau air coklat yang kita nak. Resepi dari Anna Yusof.
Bahan-bahan
- 4 cup ais batu
- 2 1/2 cup air coklat
- 2 cup ais krim coklat
Cara Penyediaan
- Blend semua bahan dan dah siap.
2. Resepi Milo Ice Cream Blended
Bila waktu bahang, memang sedap kalau dapat minum ice cream blended. Sejuk sampai ke tekak rasanya. Resepi dari Noraida Durani.
Bahan-bahan
- 5sdm milo
- 5sdm susu pekat
- 1scoop aiscream vanilla
- Ais hancur secukupnya
- Hersheys
- Whipping cream
- Coklat chips
Cara Penyediaan
- Satukan milo ,susu pekat, ice cream vanilla, sedikit hershyes dan ais.
- Kisar sampai ais hancur picitkan hershyes pada bibir gelas.
- Tuang milo ice cream blended tadi paipkan whipping cream picit hershyes dan tabur coklat chips.
3. Resepi Honey Dew Ice Blended
Honey dew atau tembikai susu ini memang ada peminat tersendiri. Sedap rasanya bila dijadikan sebagai ice blended. Campur sedikit susu untuk menjadi lebih sedap. Resepi dari Melati Desa.
Bahan-bahan
- Tembikai susu yg dipotong kecik anggaran separuh blender
- 7 sudu mkn susu pekat manis
- 1/2 tin susu cair
Cara Penyediaan
- Last skali letak ais bagi penuh blender.
- Kisar sampai halus.
4. Resepi Ice Blended Mango Smoothie
Rasa mangga masam manis memang sedap rasanya. Bila buat ice blended campur pula dengan sedikit kurma, lengkap satu air yang berkhasiat. Resepi dari Myushi Takeshima.
Bahan-bahan
- 1 biji mangga
- 2 biji kurma
- 1/3 susu low fat 1liter
- Sedikit ketulan ais
Cara Penyediaan
- Kisar semua bahan di dalam mesin pengisar.
5. Resepi Ice Blended Bubble Gum
Ice blended bubblegum ini sesuai untuk para ibu hidangkan pada anak-anak mereka. Warna ice blended sahaja dah comel, tambah sedikit topping untuk tarik perhatian mereka. Resepi unik dari Shah Mohd.
Bahan-bahan
- Masukkan ais ketul
- Masukkan serbuk bubblegum
- Masukkan susu pekat (adjust kemanisan)
- Masukkan air masak sedikit
Cara Penyediaan
- Blend sahaja nak sedap lagi boleh masukkan susu full cream dan picit la whipped cream.
6. Resepi Ice Blended Durian
Siapa peminat durian? Nah resepi ice blended yang patut dan wajib anda cuba. Resepi menarik dari IZu Rosli ini memang boleh buat ketagih bila dah mula minum!
Bahan-bahan
- 2-3ulas durian
- Segelas ais batu
- Sedikit susu cair
- Sedikit susu pekat Manis.
- Sedikit pewarna kuning
Cara Penyediaan
- Kisar semua bahan diatas.
- Add on cream putar.
Resepi Menarik Yang Lain
Jangan lupa cuba resepi ice blended yang kami sediakan untuk anda ini. Banyak lagi sebenarnya resepi menarik yang lain ada disini. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami.