Bagi ibu – ibu, idea juadah buat sehari – harian merupakan sebuah dilema yang amat biasa dihadapi. Selalu sahaja kita memasak makanan yang lebih kurang sama, sampai diri sendiri naik muak. Kali ini, kami berikan idea kepada anda. Apa kata anda mencuba resepi gulai ikan.
Gulai ikan ini merupakan resepi yang selalu disediakan oleh para surirumah. Ini kerana, rasanya sudah pun terjamin sedap. Malahan, cara pembuatannya tidak sukar!
Resepi ini dikongsikan oleh Masni Bahari dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook milik beliau. Jom scroll!
Resepi Gulai Ikan
Bahan – bahannya:
- Ikan kering talang (rendam)
- Rempah ikan kering
- Santan
- Ubi kentang
- Ubi keledek oren
- Nenas
- Terung
- Cili muda besar
- Tomato
- Sedikit serbuk kunyit
- Garamdan serbuk perisa
Bahan blend:
- Bawang besar
- Bawang putih
Bahan tumis:
- Bawang besar (hiris)
- Bawang putih (hiris)
- Daun kari
Cara – cara penyediannya:
- Tuang rempah ke dalam periuk kemudian tambah air dan minyak sedikit.
- Tuang bahan blend dan serbuk kunyit. Rempah perlu masak sekejap.
- Selepas itu, masukkan ubi. Apabila ubi sudah hampir empuk, masukkan terung.
- Apabbila terung sudah hampir lembut, masukkan ikan masin, nenas, santan, garam dan serbuk perisa. Jangan letak garam terlalu banyak,
- Apabila sudah mendidih, masukkan cili muda dan tomato.
- Selepas itu, tuangkan sedikit minyak ke dalam kuali dan boleh tuang bahan tumis tadi. Tumis sehingga kekuningan dan boleh tuang atas gulai tadi.
- Siap.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!
Leave a Reply