DAGING MASAK LEMAK CILI API REBUNG

DAGING MASAK LEMAK CILI API BERSAMA REBUNG

Bahan-bahan:

500gm daging lembu
2 cawan rebung segar – dicelur sampai lembut
3 cawan santan pekat – jika kurang boleh ditambah
1 keping asam keping
2 batang serai saiz besar dititik
Air secukupnya – untuk rebus daging
Garam secukup rasa

Bahan kisar:

10 biji cili api – boleh tambah
1 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara:

1. Bersihkan daging dan dipotong kecil ketepikan dulu kemudian potong kecil rebung yang sudah dicelur tadi ketepikan.
2. Masukkan semua bahan tumbuk serta serai bersama daging dan air secukupnya kemudian masak daging sehingga empuk dan air rebusan menjadi sedikit.
3. Masukkan santan secukupnya, garam secukupnya dan asam keping dalam periuk berisi daging yang direbus tadi serta kacau.
4. Masak semua sampai kuah mendidih dan boleh ditambah santan jika mahu lebih kuah.
5. Bila semuanya dah masak boleh la ditutup api dapur.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *