Resepi Cucur Manis Kembung (Mudah Sangat)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang sesuai dihidangkan diwaktu minum petang. Cucur merupakan sebuah masakan yang diperbuat dari tepung gandum, air dan ditambah gula serta garam. Kemudian ianya digoreng dengan menggunakan minyak yang panas. Hasilnya ialah masakan yang sedap, lembut yang kerap dihidangkan sebagai santapan sarapan pagi atau minum petang.

Cucur mempunyai banyak versi, antara yang popular ialah cucur bawang, cucur udang, cucur ikan bilis dan banyak lagi. Ianya dibezakan mengikut isi kandungan tambahannya. Bagi orang dewasa, cucur yang diminati ialah cucur yang mengandungi bawanb, sayur-sayuran dan inti udang atau ikan bilis. Namun bagi kanak-kanak cucur yang selalu mendapat perhatian ialah cucur manis. Bahannya sangat ringkas, namun dengan cara mengoreng yang betul ia akan kembung, sekali gus menghasilkan tesktur yang lembut dan sedap. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Cucur Manis Kembung (Mudah Sangat)

Bahan-bahan

  • 1  cawan tepung gandum
  • 1  cawan air panas 
  • ¼ cawan susu pekat manis (Ikut kemanisan)
  • secubit garam

.

Kaedah

  • Satukan tepung bersama garam dan susu pekat manis
  • Tuangkan air panas sedikit-sedikit, dan kacau dengan senduk atau sudu hingga adunan menjadi pekat dan bergerak perlahan apabila ia diangkat.
  • Biarkan doh sejuk sebentar.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak benar-benar panas dengan api yang sederhana.
  • Basahkan tangan dan ambik secukupnya adunan untuk digoreng, guna kuali kecil agar anda dapat mengoreng satu demi satu cucur.
  • Adunan ini akan kembung apabila digoreng satu persatu.
  • Tos didalam penapis yang dilapik tisu dapur.
  • Siap.

Rasa cucur ini lemak-lemak manis, anda boleh mengubah suai penggunaan susu jika anda suka. Namun untuk mendapatkan kekembungan cucur ini, sebaiknya goreng dengan minyak yang benar benar panas dan goreng satu demi satu. Ia akan garing diluar namun lembut dan berongga didalam. Memang mengasyikkan bila makan sesuatu seperti ini.

Sangat ringkas, pembuatannya juga sangat mudah, anda harus mencubanya. Hidangkan pada anak-anak dan tambatlah hati mereka dengan masakan anda. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik

Selain resepi ini , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *