Cucur kentang merupakan hidangan snek yang mudah, cepat, dan pasti memuaskan selera. Dengan resepi yang ringkas, anda dapat menikmati kelazatan cucur kentang yang rangup di luar dan lembut di dalam. Hanya perlukan beberapa bahan asas yang ada di dapur, anda boleh menghasilkan hidangan yang enak dan berbaloi untuk keluarga atau tetamu. Sesuai untuk dijadikan sarapan pagi, minum petang, atau hidangan ringan pada bila-bila masa.
Amat senang membuat cucur kentang ikut kesesuaian selera anda. Boleh letak bahan seperti daun bawang, bawang besar, atau sedikit cili untuk memberi rasa tambahan yang lebih menyelerakan. Dengan hanya beberapa langkah mudah, cucur kentang pasti akan jadi kegemaran di rumah dan memenuhi selera semua orang, dari kanak-kanak hingga orang dewasa.
Jangan tunggu lagi! Cucur kentang bukan sahaja mudah disediakan, tetapi juga sangat berbaloi untuk dicuba. Rasa yang sedap dan teksturnya yang sempurna akan membuatkan anda ketagih untuk membuatnya lagi. Kami sediakan 10 resepi cucur kentang tular di Facebook. Sedap dimakan bersama sos kegemaran anda.
Cucur Kentang Tular

Ayuh cuba resepi cucur kentang tular pertama yang dikongsikan oleh Rozita Daud di laman Facebook. Bahan yang diguna simple dan mudah didapat di kedai.
Bahan-bahan :
- 6 biji kentang (kopek kulit dan potong dadu kecil-kecil),
- 2 biji lada merah (buang biji dan potong halus),
- Sedikit daun bawang,
- 1 genggam ikan bilis,
- 1 biji bawang besar (potong dadu),
- ½cawan tepung beras,
- ½cawan tepung gandum,
- 1 cawan air sejuk dalam peti ais,
- Sedikit Ajinomoto,
- 1 sudu kecil garam.
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan dalam bekas.
- Letak air sedikit-sedikit hingga kentang lekat dekat tepung.
- Bentuk cucur bulat-bulatkan dengan tangan.
- Goreng dalam minyak panas dan bila sudah kekuningan boleh angkat dan tos kejap.
Cucur Kentang 3 Bahan

Resepi seterusnya simple dan amat mudah. Hanya guna 3 bahan sahaja, boleh buat cucur kentang tular. Gerenti rasa dia kekal sedap dan lazat. Resepi dikongsikan oleh Nana Solehah di laman Facebook. Tidak perlu letak air atau telur.
Bahan-bahan :
- Ubi kentang (rebus),
- Garam,
- Tepung jagung.
Cara-cara :
- Lenyekkan kentang yang telah direbus,
- Masukkan garam secukup rasa ,
- Masukkan tepung jagung,
- Gaul sebati, bila semua sudah sebati, buat bulat-bulat ikut citarasa anda.
- Siap untuk digoreng.
Cucur Kentang Rangup

Seterusnya resepi cucur kentang dari Nana Sabrina Sarsan hanya guna bahan-bahan apa yang ada rumah. Yang pasti rasanya sangat-sangat sedap. Resepi ini tidak banyak guna air dan tepung, tepung cukup setakat menyaluti kentang sahaja.
Bahan-bahan :
- 4 biji kentang potong dadu tidak perlu rebus.
- Ikan bilis, resepi asal guna ikan bilis tapi saya tukar dengan isi ikan tenggiri dipotong dadu.
- Kacang panjang hiris.
- Daun sup hiris,
- Daun bawang hiris,
- Lobak hiris memanjang,
- 1 biji bawang holand atau bawang merah potong dadu,
- Bahan perasa,
- ½ gelas air sejuk peti ais,
- 4 sdm tepung beras,
- 3 sdm tepung gandum.
Cara-cara :
- Campur semua bahan-bahan, pastikan tekstur sama macam dalam gambar.
- Kemudian goreng hingga keperangan.
- Siap, bole makan cicah dengan sos.
Cucur Kentang Sedap

Cucur kentang boleh makan sambil layan hujan. Rasa dia amat sedap, walaupun kenyang tidak boleh berhenti makan. Resepi dikongsikan oleh hadiana sujadi di laman facebook.
Bahan-bahan :
- Ubi kentang,
- Ikan bilis,
- Bawang kuning,
- Cili (buang biji),
- Daun bawang (potong panjang),
- Lobak merah parut.
- Bahan perasa,
- Garam,
- Gula,
- Serbuk perasa cendawan.
Bahan pelengkap :
- Air,
- Tepung gandum,
- Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara :
- Sedia dan parutkan sayuran dan bahan basah.
- Gaulkan garam dan gula sehingga sekata.
- Masukkan tepung gandum dan gaul.
- Masukkan air dan gaul lagi.
- Kalau perlu, tambahkan lagi tepung dan air.
- Pastikan tekstur tidak terlalu cair dan tidak terlalu berketul.
- Pastikan minyak masak telah betul-betul panas sebelum menggoreng.
- Sangat sedap makan begitu sahaja ataupun makan dengan sos chili thai.
Cucur Kentang Crunchy

Sesiapa yang tiada idea untuk menu minum petang, boleh cuba buat cucur kentang crunchy yang disediakan oleh Sha Hakem di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- Kentang 3 biji,
- Daun sup dan daun bawang,
- Carrot,
- Bawang merah,
- Ikan bilis,
- Tepung beras 5 sudu,
- Tepung gandum 4 sudu,
- Telur 1 biji,
- Garam,
- Aji secubit,
- Air sejuk.
Cara-cara :
- Kacau semua bahan di atas. Air kena agak-agak. Jangan curah semua, sedikit-sedikit dulu sampai dapat tekstur yang betul.
- Tepung tidak perlu letak banyak-banyak. Asal dia menyaluti antara satu sama lain sudah cukup.
- Kalau cair sangat tambah sedikit tepung. Kalau pekat, tambah air.
- Panaskan minyak, goreng and hidang.
Cucur Kentang Feveret

Asmah Yusof berkongsi cara masak cucur kentang yang betul iaitu jangan letak banyak sangat tepung gandum, nanti jadi cekodok pula. Kejadiannya memang rangup.
Bahan-bahan :
- 3 biji kentang sederhana besar dipotong kiub,
- 1 genggam bilis kopek , rendam sekejap biar lembut.
- 1 biji bawang besar sederhana potong kiub.
- 2 biji cili padi merah, buang biji dan hiris halus.
- Daun kucai, daun bawang dan daun.
Cara-cara :
- Hiris-hiris bawang, daun kucai, daun bawang, dan cili bagi halus.
- Masukkan kentang, bahan hirisan, sedikit garam.
- Masukkan pulak 2 sudu besar tepung beras dan 1 sudu besar tepung goreng ayam.
- Masukkan 3-4 sudu besar tepung gandum.
- Gaul-gaul dengan air sejuk, agak-agak bahan boleh melekat semasa menggoreng.
Cucur Kentang Rangup Krup Krap

Kentang goreng kalau digoreng rangup-rangup mesti semua suka bukan? Bila gigit sedap tidak terkata. Resepi dikongsikan oleh Sakinah Abdul Rahim di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- 5 biji kentang,
- 1 biji bawang besar,
- 3 tangkai daun bawang,
- 5 biji cili hijau,
- 5 sudu besar tepung jagung,
- 5 sudu besar tepung gandum,
- Garam dan lada sulah secukup rasa,
- 1 biji telur ayam,
- Minyak untuk goreng secukupnya.
Cara-cara :
- Kupas kesemua kulit kentang, kemudian potong/sagat kentang halus-halus.
- Hiris halus bawang besar, daun bawang dan juga cili hijau.
- Masukkan kentang yang sudah disagat ke dalam bekas dan campurkan dengan bawang besar, daun bawang dan cili hijau yang sudah dihiris halus tadi.
- Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur ayam, garam dan lada sulah, gaul hingga rata.
- Akhir sekali, panaskan minyak, goreng cucur yang sudah siap bancuh tadi sehingga kekuningan.
Cucur Kentang Sosej Ayam

Cucur kentang sedap makan panas-panas. Dapat pula cicah sos cili, memang seminit boleh habis. Letak isian lain dalam kentang pun sedap juga. Resepi dikongsikan oleh Linda Safar.
Bahan-bahan :
- 4 biji kentang,
- Sosej ayam,
- 1 batang lobak merah,
- 1 tangkai daun bawang,
- 2 sb tepung jagung,
- 2 sb tepung gandum,
- Serbuk cili @ cili flakes (optional),
- Penambah rasa,
- Garam.
Cara-cara :
- Mula-mula, lenyek kentang yang telah direbus.
- Kemudian masukkkan sosej, lobak dan daun bawang.
- Seterusnya masukkan garam, penambah rasa dan serbuk cili jika suka. Gaul sebati.
- Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil gaul.
- Lalu bulatkan satu persatu.
- Akhir sekali goreng sehingga timbul dan berubah jadi kuning keemasan.
- Makan cicah dengan sos cili.
Cucur Jejari Kentang

Kalau buat cucur kentang, bagus guna tepung Bestari. Ini kerana kalau guna tepung bestari, tidak perlu bubuh cili untuk bagi pedas, sebab tepung ini sudah cukup pedas. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Ila Zulaikha di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- 2 biji kentang *,
- 1 btg carrot *,
- 5 btg kacang buncis,
- 1 labu bawang besar *,
- Daun kucai,
- 15 ekor isi udang (kerat 3),
- 3 sudu besar tepung gendum,
- 3 sudu besar tepung BESTARI,
- Air sejuk dalam peti ais (untuk bancuh adunan).
Cara-cara :
- Bancuh tidak perlu banyak air, sekadar untuk melekatkan tepung sahaja.
- Yang bertanda * semua saya sagat/parut.
Cucur Kentang Udang Geragau

Kalau teringin bagi lagi sedap cucur kentang ini, boleh letak udang geragau semasa menguli. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Masnah Bakir di laman Facebook. Sedap dan wangi udang geragau amat menyelerakan.
Bahan-bahan :
- 5 biji kentang disagat,
- 7 sudu tepung gandum,
- 6 sudu tepung jagung,
- Sebiji telur,
- Udang geragau,
- Sedikit rempah kari,
- Garam,
- Bawang goreng.
Cara-cara :
- Gaulkan bahan-bahan dengan sedikit air.
- Kalau letak daun bawang/ketumbar/sup/ kucai lagi sedap.
- Goreng dengan api sederhana.
- Sedap dimakan dengan sos cili.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi cucur kentang tular, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya.

Leave a Reply