Mango Cheesekut merupakan makanan inovasi yang menjadi sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia. Gabungan rasa manis dan masam mangga serta rasa berlemak daripada keju dan biskut hupseng membuatkan semua yang rasa hidangan ini jatuh cinta. Ianya juga dihidangkan sejuk sejuk, menambahkan lagi keenakan mango cheesekut ini.
Mango cheesekut ini juga amat mudah untuk disediakan. Ianya hanya menggunakan 5 bahan utama, yang mudah untuk didapati di pasaraya berdekatan anda. Cara penyediaanya yang mudah boleh disediakan oleh para amatur yang inginkan sesuatu yang sedap tetapi ringkas. Ianya juga tidak menggunakan ketuhar, jadi ia tidak merbahaya untuk disediakan bersama anak anak.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Saiful Nasuha dan mendapat banyak shares di Facebook. Jom kita lihat resepi ini!
Resepi Mango Cheesekut
Bahan – bahan:
- Mangga 1 biji
- Biskut Hupseng 1 bungkus
- Cream Cheese Tatura 200g
- Susu Pekat ikut kemanisan
- Susu Krim Penuh
- Nestum untuk hiasan (optional)
Cara – cara memasak:
- Kisarkan kesemua diatas kecuali biskut dan nestum.
- Susunkan biskut dan tuangkan adunan secara berselang seli.
- Taburakan lebihan mangga dan nestum.
- Chillkan selama beberapa jam di dalam peti ais.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!