Resepi Butter Cake (Mudah Dan Murah)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kek yang cukup popular dari zaman hitam putih hinggalah zaman warna warni kini. Kek butter merupakan sejenis menu kek yang dimasak menggunakan butter, tepung,gula dan telur. Secara asasnya ia mempunyai kandungan yang sama seperti kek lain, namun dengan memilih butter yang berkualiti ia menghasilkan rasa yang lebih sedap.

Resepi kek butter yang dibawa kali ini merupakan sebuah resepi yang ringkas dan menggunakan bahan yang asas sahaja, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Butter Cake (Mudah Dan Murah)
Bahan kering

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik

Bahan basah

  • Butter 250g
  • 1 cawan gula halus 
  • 4 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanila 

Kaedah

  • Mula-mula panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Sediakan loyang bulat saiz 8”
  • Ayak bahan kering, ketepikan.
  • Pukul bahan basah iaitu butter dan gula hingga pucat, masukkan telur satu demi satu. Tambahkan esen vanila sekali.
  • Kaup balik bahan basah ini dengan tepung berselang seli.
  • Masukkan dalam loyang kek dan bakar pada suhu 160c selama 40 minit.
  • Sejukkan diatas besi redai sebelum dihidangkan.

Rasa kek butter ini, jika anda menggunakan pure butter ia akan lebih sedap. Begitu juga dengan penggunaan esen vanila, gunakan jenis yang premium dan berasaskan minyak. Ini kerana ia akan menghasilkan aroma yang sangat wangi dan kekal sehingga kek siap dibakar.

Anda harus mencuba resepi ini dan gunakan esen vanila yang premium bersama pure butter untuk merasai sendiri kelazatan kek butter ini. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik 

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya. 

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *