Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Koleksi Bubur lambuk Menu Wajib Bulan Ramadan

author name

📄

Kalau tiba sahaja bulan Ramadan, hidangan wajib adalah bubur lambuk. Bubur lambuk ini juga sering diedarkan secara percuma ketika bulan Ramadan. Semua orang akan melakukan rewang untuk menyiapkan hidangan bubur lambuk ini.

Satu lagi perkara menarik, kalau anda nak tahu setiap negeri mempunyai bubur lambuk yang berbeza. Contoh di Terengganu atau Pantai Timur bubur lambuk mereka bercampur dengan ulaman atau sayur yang dijadikan sebagai hidangan utama.

Laim negeri lain citarasa kan. Dalam artikel kali ini kami kongsikan 10 resepi bubur lambuk untuk anda.

1. Resepi Bubur Lambuk

Bubur lambuk resepi dari Naura Aisya Aryan ini cukup lengkap untuk satu hidangan. Dengan tesktur kuah bubur lambuk yang pekat memang memikat selera.

Bahan-bahan

  • 2 mug beras (rendam dalam 20min)
  • Daging
  • Rempah sup
  • Santan
  • Lada hitam- 3 sb
  • Bwg merah-3 biji
  • Bwg putih-8 ulas
  • Halia-2 jari
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Bwg goreng

Cara penyediaan

  1. Blend bawang & halia tumis sehingga bawang agak garing.
  2. Masukkan rempah sup tumis sehingga rempah masak.
  3. Masukkan daging gaul sebati & masukkan beras.
  4. Goreng beras seketika masukkan air.
  5. Rebus beras sehingga nampak lembut.
  6. Masukkan santan & garam.
  7. Lada hitam serbuk masukkan juga.
  8. Masukkan kentang & lobak merah.
  9. Bila sayur dah lembut tabur daun sup & bawang goreng.

2. Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Bubur lambuk Terengganu ada perbezaan sikit dengan bubur lambuk biasa. Mereka banyak menggunakan ulam atau sayur sebagai hidangan utama. Jom rasa resepi ini dari Aida Jz.

Bahan-bahan

  • Beras
  • Santan pekat
  • Serbuk lada hitam,
  • Bawang merah(kisar)
  • Bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Lengkuas (kisar)
  • Masukkan nyiur gula (kerisik)
  • Budu(optional)
  • Isi ikan selayang (kukus dan kisar)
  • Perasa
  • Daun kayu(pucuk midin, daun kadok, cekok manis, daun kunyit, daun kesum, pucuk ubi dll)

Cara penyediaan

  1. Basuh beras bagi bersih dan masak sampai lembik.
  2. Dah jadi bubur letak santan, bawang mesin, lada hitam.
  3. Ikan yang ditumbuk tadi kerisik, dan bahan kisar yang lain dan masak lagi sampai menndidih dan letak daun kayu tadi letak bahan perasa garam aji dan budu.
  4. Masak sikit lagi biar daun kayu layu dan masak betul.

3. Resepi Bubur Lambuk Daging

Kombinasi bubur lambuk dan daging memang enak. Dalam resepi Farah Lee ini hanya daging sebagai bahan utama disamping sayuran yang lain.

Bahan-bahan

  • 2 mug beras (rendam dalam 20 minit)
  • Rempah sup 1 bungkus kecil (adabi)
  • Santan 250ml
  • Lada hitam 3 sudu besar
  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 8 ulas
  • Halia 2 jari
  • Kentang 2 biji
  • Carrot sebatang
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara penyediaan

  1. Blender bawang dan halia tumis sehingga garing.
  2. Masukkan rempah sup tumis sehingga masak.
  3. Masukkan daging dah biar seketika.
  4. Lepas tu masokkan beras dan air.
  5. Masokkan santan dan garam.
  6. Selepas itu masokkan lada hitam.
  7. Masukkan pula lobak merah dan kentang.
  8. Bila sayur dah lembut masukan daun sup dan bawang goreng.
  9. Perasakan rasa nya.

4. Resepi Bubur Lambuk (Johor & Singapura)

Resepi bubur lambuk versi ini mempunyai tekstur pekat dan berlemak kerana mengadungi santan. Sedap rasanya bila ada kacang dan kepingan telur dada sebagai hidangan sampingan. Resepi dari Tengku RosElyza Raja Muhammad.

Bahan-bahan

  • 2cawan beras
  • 500gm mixed vegetables
  • 500gm daging lembut
  • Air rebusan daging
  • Air secukupnya
  • 4 sekawan
  • 2 sup bunjut
  • 3 senduk kecil penuh rempah bukhari
  • Kacang kuda @ jenis kacang yg lain
  • Kentang
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Santan

Cara penyediaan

  1. Rebus daging sehingga empuk, hiris kecil(air dia jangan dibuang).
  2. Tumis bahan kisar beserta rempah 4 sekawan dan rempah bukhari tadi sampai naik bau.
  3. Tuangkan beras kedalam bahan tumisan, masukkan sup bunjut.
  4. Masukkan air rebusan daging, masak sehingga mendidih dan pekat sentiasa dikacau.
  5. Masukkan mixed vegetables dan hirisan daging.
  6. Kaacau sampai jadi bubur, nasi dah hancur dan bila pekat kena sentiasa tambah air.
  7. Letak kiub ayam @ daging @ garam secukup rasa.
  8. Sedia dihidang hiasan dia telur, daun sup, bawang goreng dan kacang tanah.

5. Resepi Bubur Lambuk Udang

Jarang kan dengar resepi bubur lambuk udang. Kalau anda pertama kali dengar boleh lah cuba resepi dari Suhaila Alhamsah ini.

Bahan-bahan

Bahan A

  • Beras 1 pot di basuh bersih
  • Air 6 7 mug
  • Halba 1sk
  • Halia 1/2 inchi hiris halus
  • Lada hitam 2 sk
  • Garam kasar 2 sb
  • Kiub ayam 1 (tak letak) ganti dgn secukup rasa 2 sk
  • Kulit kayu manis kecik
  • Daun pandan
  • Ubi kentang+carrot potong kecil
  • Rebus semua bahan di atas.
  1. Kena selalu kacau takut hangit dan melekat kat bawah pakai sudip kayu senang kacau kat bawah tu.
  2. Bila ayaq kering nak kena selalu topap air sampai lah nasi dah jadi bubur. Saya rebus dalam 45 minit.
  3. Boleh masuk bahan B.

Bahan B

  • Udang 5/6 ekor potong kecik
  • Santan 1/2 kotak
  • Time ni boleh rasa garam/perasa dia tak cukup tambah. Mesti nak selalu kacau ye bubur ni takut hangit

Bahan C

  • 2 sudu besar minyak sapi (kalau tak ada pakai ja minyak sawit)
  • Bawang besar sebiji dihiris

Cara penyediaan

  1. Tumis darat bahan C dah garing tuang atas bubur kita.
  2. Tabur daun bawang.
  3. Tutup.

6. Resepi Bubur Lambuk Versi Periuk Noxxa

Kalau anda nak lagi cepat penghasilan bubur lambuk ini boleh guna periuk Noxxa. Tak perlu tunggu lama nak masak, kalau ikut resepi dari Nur Hidayah Othman ini tak sampai satu jam siap.

Bahan-bahan

  • 4 pot beras
  • 24 pot air (1pot beras = 6 pot air)
  • Ayam @ daging
  • Udang geragau segenggam
  • Bawang putih 1 labu mayang
  • Bawang merah besar 3 biji mayang
  • Halia 3 inci mayang
  • Serai 1 batang ketuk-ketuk
  • 4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis, lawang)
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
  • Carrot sebatang (potong dadu)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kotak santan pekat = 200ml = 1 cawan
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam 2 sudu kecik

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak pkai mode ‘stir fry’. Dah panas masukkkan 4 sekawan dan jintan.
  2. Selepas naik bau masukkan udang geragau, daun pandan, halia, serai, bawang, bawang putih, ayam kiub pati ayam. Kacau sebati.
  3. Pastu masukkan beras dan air. Perasakan dengan garam. Tutup piuk.
  4. Set tombol ke HP 40 minit. Dah siap 40 minit. Jangan lepaskan stim. Biar 10 minit.
  5. Dah sudah tu. Bukak tudung piuk. Masukkan santan. Kacau bagi bubur sebati dengan santan.
  6. Tabur daun bawang sup. Siap.

7. Resepi Bubur Lambuk Mudah

Resepi dari Noor Sulaiman ini cukup mudah tak menggunakan banyak bahan pun. Kalau teringin nak makan bubur lambuk boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras | rendam dalam 20 minit
  • Daging cincang
  • Udang kecil buang kulit
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 kiub ayam knorr
  • 250ml santan
  • 3 sudu makan lada hitam
  • 3 biji bawang merah hiris
  • 8 ulas bawang putih hiris
  • 1.5sm halia hiris
  • Kentang dipotong kiub
  • Lobak merah
  • Daun sup untuk ditabur
  • Bawang goreng untuk ditabur

Cara penyediaan

  1. Tumis bawang , bawang putih halia masukkan daging dan isi udang.
  2. Kacau tambah garam kiub bunjut dan kiub knor masuk beras dan tumis bila naik bau masukkan ubi carrot dan air kacau dan tutup guna api sederhana.
  3. Selepas bubur dah masak masukkan santan dan lada hitam kacau dan biarkan 2-3 min.
  4. Boleh taburkan daun bawang dan bawang goreng untuk di hidang.

8. Resepi Bubur Lambuk Pekan

Jika sebelum ini daging serta udang sebagai bahan utama, kali ini dalam resepi Suzanawati Sulaiman beliau menggunakan ikan pelaling. Ikan akan direbus terlebih dahulu dan selepas itu akan dikisar sebelum dicampurkan dengan bubur.

Bahan-bahan

  • Ikan pelaling, dibakar dulu baru rebus (masuk dalam Noxxa) blender dengan tulang
  • Beras
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Daging (daging kisar)
  • Santan
  • Paku merah, daun kesum, daun kunyit dan daun pandan

Cara penyediaan

  1. Masakkan beras hingga jadi bubur (sy msuk dlm Noxxa, HP 7 minit).
  2. Bila beras dah kembang, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, isi ikan yang telah diblender.
  3. Masukkan daun pandan dan santan, kacau jangn smpai hangit.
  4. Bila dah mendidih, masukkan daun yang telah di racik halus.
  5. Perasakan dengan garam.
  6. Kena kacau selalu takut berkerak dan hangit.

9. Resepi Bubur Lambuk Style Pantai Timur

Resepi bubur lambuk dari Hanie Zarin ini ada campuran budu. Tak perlu letak garam kerana rasa budu sendiri dah masin. Jom cuba.

Bahan-bahan

  • 2 cwn beras
  • 4ekor ikn selayang (rebus @ bakar & ambik isi)
  • 1bj bwg merah
  • 4 ulas bwg pth
  • 1 inci halia
  • 1 sdb serbuk lada hitam *
  • 2sdb kerisik
  • 2 sdb budu
  • Garam, gula, perasa

Bahan sayur

  • Pucuk niding/pakis merah potong kasar
  • Kangkung potong kasar
  • Kadok segenggam hiris
  • Daun kunyit 3helai saiz sedang hiris
  • Daun kesom secekak

Cara penyediaan

  1. Beras rebus sampai jaid bubur kmudian masukkan bhn blend, budu, lada hitam & garam gula perasa.
  2. Biarkan didih dan skali masukkan sayur biar ulam layu & lembut.

10. Resepi Bubur Lambuk Ayam

Bubur lambuk ayam juga jarang kita dengar, sebenarnya sama sahaja cara masakan. Cuma dalam resepi Cahaya Pesona ini beliau menjadikan hirisan ayam goreng ini sebagai hidangan sampingan.

Bahan-bahan

  • 2 cwn beras masak sampai jadi bubur ketepikan
  • Dada ayam goreng dan gunting
  • Bwg merah*
  • Bwg putih*
  • Halia*
  • Rempah tumis 3 beradik
  • Semangkuk ayam potong kecik
  • 1 kotak santan
  • Serbuk lada hitam ikut suka nk byk mana
  • Daun sup
  • Carrot potong kecik2
  • Bwg goreng
  • Garam , ajinomoto
  • 1 ketul kiub aym

Cara penyediaan

  1. Blend atau tumbuk bahan bertanda *.
  2. Kemudian tumis dengan rempah tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan ayam dan sedikit kuah masukkan garam biar hingga ayam masak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kuahnya dalam periuk bubur nasi masukkan santan.
  5. Masukkan ajinomoto dan kiub ayam masukkan lada hitam biar didih sebati dah sesedap rasa boleh masukkan carrot.
  6. Last skli masukkan daun sup tutup api siap dihidang bersama bawang goreng dan ayam goreng digunting.

Resepi Menarik Yang Lain

Kalau anda nak tahu banyak lagi resepi menarik yang lain telah kami sediakan untuk anda jadikan sebagai panduan atau rujukan. Terima kasih kerana telah singganh di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *