Resepi Puding Roti Mentega (Sedap Tanpa Sos)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi bagi menu pencuci mulut. Ianya agak popular di seluruh dunia. Secara amnya puding roti diperbuat dari roti, susu,telur dan gula. Roti dipotong kecil dan direndam dengan susu dan telur sebelum dibakar. Dibarat resepi ini telah lama wujud, asalnya agar roti yang hampir tarikh luput tidak dibuang. Menggubah roti menjadi puding adalah satu tindakan bijak.

Namun ada pelbagai versi puding roti yang boleh kita temui diinternet. Ada juga yang rotinya dikisar dan dikukus seperti puding karamel kastad. Ada yang menggunakan krim putar dan bukannya susu. Biasanya puding roti dimakan bersama soso kastad.

Namun berbeza dengan resepi yang akan Madam kongsikan kali ini. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi kali ini.

Resepi Puding Roti (Sedap Tanpa Sos)

Bahan-bahan

A

  • 13 kpg roti putih (gunting/potong kecil)
  • Kismis atau kekacang (pilihan)

B

  • 1 cawan gula pasir
  • 5 biji telur 

C

  • 2 tin susu cair (atau 1 liter susu full cream)
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu teh esen vanilla

D

  • 4 sudu besar butter/marjerin yang dicairkan

Kaedah

  • Mula-mula bancuhkan bahan B,kacau agar gula larut.
  • Kemudian tambahkan bahan-bahan C satu persatu, kacau sebati.
  • Selepas itu masukkan roti yang telah dipotong kecil tadi. 
  • Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan, gaul hingga rata.
  • Biarkan roti terendam sekurang-kurangnya 40 minit.
  • Selepas 40 minit, panaskan oven pada suhu 170c selama 10 minit.
  • Tuangkan adunan puding ini kedalam loyang  empat segi bersaiz 9”x9” .
  • Bakar selama 40 minit, dan letakkan air panas didalam mangkuk kecil dan bakar sama. Ini adalah untuk memastikan puding roti kita lebih lembap.
  • Apabila telah cukup masa, bolehlah dikeluarkan puding dari oven.
  • Sejukkan sebentar sebelum dinikmati.

Untuk menghasilkan puding yang lebih moist dan lembut, ketika membakar letakkan air panas mendidih dalam bekas kecil dan letak didalam sudut oven, bakar ia bersama puding roti. Ini akan menghasilkan tesktur yang lebih lembut dan lembap.

Untuk rasa manisnya anda boleh cuba mengurangkan gula jika anda tidak suka ianya terlalu manis. Penggunaan butter dan esen vanila akan menghasilkan aroma yang menarik. Oleh itu, cubalah resepi ini dan rasai sendiri perbezaanya!

Resepi Lain Yang Menarik 

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya. 

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *