Biskut Mazola diberikan namanya bersempena dengan minyak mazola yang digunakan di dalam kuih ini. Ianya merupakan hidangan yang berasaskan minyak jagung, kacang tanah, tepung gandum dan gula aising. Selalunya, biskut mazola boleh didapati pada musim hari raya, dimana tuan rumah akan hidangkan kuih raya ini kepada para tetamu yang datang menziarahi.
Biskut Mazola selalunya dibeli, akan tetapi ianya juga mudah untuk disediakan oleh kita sendiri. Cara pembuatannya ringkas, dimana bahan – bahannya digaulkan bersama sebelum dihias bersama kuning telur diatasnya. Selepas ini, bolehlah anda menyediakan biskut mazola bersama keluarga anda sendiri!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Noriza Jaja dan mendapat banyak shares dan likes di media sosial. Jom tengok!
Resepi Biskut Mazola
Bahan – bahan:
- 500 gm kacang tanah
- 500 gm tepung gandum
- 300 gram gula aising
- Minyak mazola / jagung secukupnya
- 1 sudu kecil garam halus
Bahan Hiasan:
- Kuning telur dan pewarna kuning
- Kacang tanah
- Almond slices
Cara – cara memasak:
- Sangai kacang tanah sehingga garing (tanpa minyak) dan kisarkan halus.
- Masukkan kacang tanah ke dalam mangkuk bersama gula aising, tepung gandum, garam dan gaul rata.
- Masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. (Pastikan tidak terlebih minyak nanti akan menjadi terlebih gebu).
- Terapkan ikut acuan dan buatkan bulat – bulat.
- Letakkan kacang sebagai hiasan dan sapukan dengan kuning telur.
- Bakar dengan 160 ke 170C selama 20 ke 25 minit atau sehingga masak.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.