Resepi Biskut Kulit Kerang Rupanya Menawan Rasanya Bikin Tertawan

biskut kerang 2

Pada hari ini kita akan berkongsi dengan anda semua resepi biskut. Resepinya adalah resepi biskut kulit kerang. Ianya dinamakan sebagai biskut kulit kerang kerana sekilas pandang nampak seperti kulit kerang. Biskut ini amatlah sesuai untuk dihidangkan untuk minum petang atau malam sebagai penjamu selera.

Tanpa membuang masa lagi, marilah kita bersama lihat bagaimana cara-cara untuk menyediakan resepi biskut kulit kerang ini dan juga bahan-bahan yang akan digunakan untuk menyediakannya. Bahan – bahannya mudah untuk didapati di pasaraya berdekatan anda. Antaranya adalah marjerin, telur dan sirap rose. Mari!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Noriza Jaja di laman Facebook miliknya dan telah mendapat banyak like dan komen positif.

Resepi Biskut Kulit Kerang

biskut kerang 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 2 cawan gula aising (boleh kurangkan sehingga 1 1/2 cawan)
  • 2 biji kuning telur A
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Sirap rose yang telah dibancuh air secukupnya
  • Pewarna merah/pink

Cara – cara memasak:

  1. Pukul marjerin dan gula sebentar.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata sahaja. Tak perlu untuk tunggu sehingga kembang.
  3. Satukan kesemua tepung dan baking powder.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi lembut.
    Nota: Jika doh keras, tambahkan marjerin.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian, satu ditambah dengan sirap ros.
    Nota: Sekiranya kurang merah, tambahkan sedikit pewarna merah atau pink.
  6. Perasakan dan warnakan juga mengikut citarasa masing – masing.
  7. Masukkan doh ke dalam acuan dan potong dengan pisau.
  8. Susun di atas tray dan bakar pada suhu 160C selama 20 ke 25 minit mengikut oven masing – masing.
biskut kerang
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *