Resepi Bakso Jawa Enak! (Mudah Je)

bakso jawa

Bakso jawa, makanan khas Indonesia yang lazat lagi menyelerakan. Bakso sudah lama hadir di Malaysia, makanan ini diperkenalkan oleh kaum jawa. Bakso sendiri ialah bebola daging yang dihidang dengan kuah, mee dan bihun.

Bakso memiliki rasa yang pedas masam mengejut di lidah, ramai juga masyarakat melayu suka makan bakso. Jika ingin makan bakso yang padu, boleh beli di kedai makan Indonesia tentunya. Bakso dijual dengan harga 4-7 ringgit satu porsi.

Namun jika ingin buat basko sendiri, mungkin untuk sambut acara kenduri di rumah, sebaiknya anda buat sendiri. Resepi bakso Ummi Yong sedia membantu. Dijamin anda tidak kecewa dengan resepi ini kerana tuan rumah resepi asli jawa Solo, jarang tidak sedap air tangan orang Solo ini.

Ayuh cubakan resepi mudah lagi menyelerakan ini. Resepi senang boleh anda cubakan sendiri.

Resepi Bakso Jawa Mudah

bakso jawa
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Tulang lembu (7-8 ketul),
  • Bawang besar 2 biji,
  • Bawang putih 4 ulas,
  • Halia sebesar ibu jari,
  • Bebola daging,
  • Segenggam cili api merah,
  • 2/3 ulas bawang putih,
  • Sos cili,
  • Kicap,
  • Daun sup/daun bawang,
  • Sayur kobis hiris,
  • Mee kuning atau suhun atau bihun.

Cara Meyediakan Kuah :

  1. Tulang direbus sampai empuk. (Kuah ini untuk 10 orang atau lebih boleh makan, air rebusan jangan dibuang).
  2. Blend bawang besar, bawang putih, halia.
  3. Kemudian tumis bahan sampai naik bau wangi dan pecah minyak.
  4. Terus masukkan tulang yang direbus tadi. Masak hingga mendidih.
  5. Letak perasa garam, kiub daging, secukup rasa dan lada putih.
  6. Masukkan bebola daging brand ramly atau apa saja keluaran muslim.

Cara Menyediakan Cili :

  1. Segenggam cili api merah dan 2/3 ulas bawang putih direbus sampai layu.
  2. Buang air rebusan dan blend dengan sedikit air biasa. Tidak perlu letak garam dan gula sebab kuah sedap masin cukup rasa.

Cara menyediakan bakso :

  1. Dalam mangkuk letakkan mee@bihun dan sayur kobis hiris.
  2. Siram dengan kuah dan bebola.
  3. Letak cili sedikit, kicap dan sos cili.
  4. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
  5. Siap dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bakso jawa, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *