Resepi Rendang Ayam Cili Padi (Pedas Berapi)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi rendang yang sememangnya digemari oleh ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Rendang ayam cili padi inj adalah antara inovasi dari pelbagai resepi rendang yang banyak ditemui. Keunikkan resepi ini ialah ia menggunakan cili api sahaja. Oleh itu ia sangat sesuai bagi peminat makanan pedas. Ia sesuai untuk dimakan secara berkuah ataupun kering
Namun kali ini Madam akan kongsikan resepi ini yang sangat mudah dan sesuai bagi anda yang selalunya terlalu sibuk untuk masak tetapi inginkan sesuatu yang sedap dan mengenyangkan. Versi kali ini ialah versi berkuah, berikut adalah bahan-bahan dan cara untuk membuat rendang cili api ini.
Resepi Rendang Ayam Cili Padi (Pedas Berapi)
Bahan-bahan
- ½ ekor ayam saiz besar, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
- 1 kotak santan
- 2 keping asam gelugor
- 1 camca besar penuh gula melaka
- 3 helai daun limau purut
- 2 helai daun kunyit, satu disiat, satu dimayang halus
- 400 ml air
- 2 1/2 camca besar kerisik
- Garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
- 1 biji bawang besar
- 7 biji bawang merah (pilihan)
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci lengkuas
- 5 biji buah keras
- 1 genggam cili padi kampung
- 1 inci kunyit hidup (1 sudu makan serbuk kunyit)
- 5 batang serai, hiris halus
Kaedah
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, kacau rata dan terus menumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
- Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut.
- Tambah daun limau purut, daun kunyit yang disiat, santan dan juga air, kacau rata dan biar mendidih.
- Tambah kerisik, asam gelugor dan sedikit garam. Kacau lagi dan masak dengan api pecil hingga rendang pekat dan ayam masak.
- Masukkan gula melaka dan tambah garam secukup rasa.
- Siap dan bolehlah hidangkan.
Memasak rendang sememangnya amat mudah, kerana anda hanya perlu mencampur semua bahan dan gaul sekali sekala agar ia tidak hangit. Masak sehingga santan dan kerisik mengeluarkan minyaknya. Anda boleh menjamunya bersama nasi lemak ataupun lemang, kedua-duanya selalu menjadi pilihan peminat rendang. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.