Resepi Ayam Pad Kapraow (Original dari Thailand!)

ayam-pad-kapraow

Ayam pad kapraow adalah sejenis masakan Thailand yang mulai menambat hati peminat masakan Thai dinegara kita ini. Ayam pad kapraow membawa maksud ayam goreng selasih, kerana ia menggunakan ayam yang dicincang yang dimasak bersama daun selasih dan beberapa bahan asli dari Thailand.

Menu ini biasanya ditemui digerai-gerai masakan Thailand. Ianya dihidang bersama nasi panas dan telur mata kerbau. Boleh dikatakan menu ini masih baru di negara kita, namun telah mula menjadi kegemaran orang.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Linawati Latip dan mendapat likes yang banyak! Jom kita lihat!

Resepi Ayam Pad Kapraow

ayam-pad-kapraow
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A (dihiris):

  • 4 ulas bawang putih ketuk dan cincang 
  • 1 labu bawang besar potong  wedges   
  • 7-8 biji cili padi merah dan hijau dipotong halus  

Bahan B:

  • 2 biji cili besar merah dipotong kasar
  • Sos tiram
  • Sos ikan 
  • Garam dan gula
  • 1 ikat daun selasih @ thai sweet basil 

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan-bahan A.
  2. Setelah wangi masukkan isi ayam dan masak sampai isi ayam tadi empuk. 
  3. Selepas itu masukkan sos tiram, sos ikan, gula dan garam. 
  4. Boleh tambah sedikit air kalau suka ayam lembab sikit. Masak lagi. Kemudian masukkan cili besar dan daun selasih. 
  5. Gaul rata2. Bolehlah dihidang dgn nasi dan tom yum campur.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *