Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api ( Cara Tumis)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu makan utama. Ianya sangat sesuai dihidangkan diwaktu makan tengari atau makan malam. Lemak cili api ayam kali ini merupakan satu cara lain untuk membuat ayam masak lemak cili api. Sebenarnya terdapat beberapa kaedah yang digunakan bagi memasak ayam lemak cili api. Variasi begini terhasil ,mengikut cara satu-satu masyarakat itu masak. Ianya bersesuian dengan selera dan citarasa mereka.

Versi lemak cili api kali ini menggunakan teknik mengoreng ayamnya terlebih dahulu, ini akan menyebabkan ayam lebih keras tetapi sangat ‘juicy ‘ didalamnya. Cara ini juga kan menyebabkan kuah tahan lebih lama serta lambat basi. Baiklah mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Ayam Masak Lemak ( Cara Tumis)
Bahan utama

  • Seekor ayam saiz kecik (bersih dan potong kecil)

Bahan kisar

  • 6 ulas bwg merah
  • 1 labu bwg besar
  • Cili padi segenggam 
  • Kunyit hidup / serbuk kunyit 1 sudu teh
  • Halia (pilihan)
  • Serai 5- 6 batang

Bahan perasa

  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam kpg sikit
  • Daun kunyit/ cekur
  • Santan

Kaedah

  • Mula-mula gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam,serta goreng separuh masak,ketepikan.
  • Kemudian panaskan minyak menggunakan baki minyak goreng ayam tadi dan tumiskan bahan yang telah dikisar.
  • Tumis sehingga minyak pecah, tambah air jika perlu.
  • Masukkan santan, garam,serbuk perasa,asam keping dan gula jika perlu.
  • Tambahkan ayam, masak sehingga kuah pekat,pecah minyak dan akhir sekali tambahkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
  • Siap untuk dihidang.

Tahap kepedasan ini boleh dianggar sendiri mengikut citarasa anda. Jika anda ingin lemak cili api yang benar-benar pedas, tambahkanlah cili api Bangladesh atau gunakan cili api kampung. Elakkan menggunakan cili api akar kerana ia mempunyai rasa yang tidak enak jika digunakan terlalu banyak. Penggunaan gula juga adalah pilihan kerana lauk ini lebih sesuai dibuat pedas tanpa menggunakan gula.

Walau apapun, anda seharusnya mencuba resepi ini yang sememangnya berbeza dari lemak cili api yang biasa, selamat mencuba ya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *