Resepi Ayam Madu Leleh Confirm Buat Orang Jatuh Cinta

ayam madu

Ayam madu leleh, salah satu resepi yang amat popular di Malaysia. Gabungan rasa manis dan pedasnya pasti sahaja bikin semua orang jatuh cinta! Ayam madu leleh ini sebenarnya amat mudah untuk disediakan. Dihidangkan pula bersama nasi panas, atau nasi beriani bergantung kepada selera anda, pasti menjadi satu kombinasi yang amat menarik dan menyelerakan.

Resepi ayam madu leleh yang kami bawakan kali ini hanya mempunyai empat langkah mudah yang sudah pastinya sesuai buat sesiapa sahaja untuk menyediakannya. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati! Anda hanya perlu tumiskan bahan kisaran, masukkan madu dan perasa dan gabungkan bersama ayam yang siap digoreng! Sesuai buat yang bujang ataupun para amatur.

Resepi ayam madu leleh ini dikongsikan oleh WaNi AziDdin dan mendapat banyak shares tau! Jom tengok!

Resepi Ayam Madu Leleh

ayam madu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam – potong 10 dan perap dengan garam+serbuk kari daging serta gorengkan setengah masak
  • 2 biji bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • 4 sekawan secukupnya
  • Minyak sapi/minyak masak biasa secukupnya untuk menumis
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula (kalau suka manis boleh tambah lagi)
  • Daun kari
  • Garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan bahan bertanda (*) dan tumiskan 4 sekawan, daun kari, serbuk kari, sos cili, serbuk cili sehingga pecah minyak.
  2. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air, madu, gula dan garam secukup rasa.
  3. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah siap digoreng dan biarkan mendidih sehingga masak.
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *