Resepi Asam Pedas Tetel ( Lebih Sedap)
Resepi kali ini ialah resepi menu utama. Sesuai untuk dihidangkan diwaktu makan utama seperti makan malam atau makan tengahari. Selain dari itu ia juga sesuai untuk dijadikan hidangan didalam majlis seperti port luck atau kenduri kecil.
Jika asam pedas sebelum ini biasanya dimasak menggunakan ikan seperti ikan cencaru, pari atau tenggiri, kini asam pedas melalui satu inovasi baru apabila mengabungkan asam pedas dengan daging tetel.Daging tetel merupakan daging lebihan yang biasanya mengandungi lemak, urat dan isi. Jika dulu ia dianggap aneh, namun percubaan mengabungkan kedua ini menghasilkan satu rasa yang sangat menarik,
Oleh itu mari ihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi kali ini.
Resepi Asam Pedas Tetel ( Lebih Sedap)
Bahan-bahan
- 1/2 kg daging lembu/daging tetel (rebus dahulu)
- 5 helai daun limau
- 1 liter air – gunakan air rebusan daging
- Air asam jawa secukupnya
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
Bahan-bahan kisar
- 25 – 30 tangkai cili kering
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 inci belacan
- 2 batang serai – ketuk
Kaedah
- Mula-mula bersihkan rebus daging hingga empuk.
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi dan serai sehingga naik bau dan garing.
- Kemudian masukkan air rebusan daging dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan pula daging tetel. Kacau kemudian masukkan air asam jawa.
- Setelah itu masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan daun limau. Biarkan seketika.
- Siap.
Asam pedas ini mempunyai satu rasa yang sangat berbeza berbanding asam pedas yang biasa kita nikmati. Penggunaan daun limau purut dan serai menghasilkan rasa seperti tomyam tetapi sedikit berbeza. Daging direbus dahulu agar ia lebih empuk dan sesuai untuk dimakan.
Resepi ini tidak tahan lama, kerana sangat sedap dan pasti memikat hati peminat asam pedas, jadi sudah tentu cepat habis masakan anda. Tidak tahan lama kerana ia sangat sedap!
Oleh itu anda wajarlah mencubanya, tambahan daging tetel lebih murah berbanding daging biasa, anda boleh berjimat juga. Selamat mencuba!
Resepi Lain Yang Menarik
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.