Resepi Asam Pedas Batang Keladi (Masakan Kampung)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang lazimnya dihidangkan diwaktu makan tengahari. Asam rebus batang kali adalah sejenis menu yang sangat popular disebelah utara. Ia adalah sejenis masakan yang dimasak dari cili yang dikisar, air asam dan batang keladi. Masak asam rebus ini biasanya dimasak dengan ikan dan sayur bendi, namun asam rebus kali ini menggunakan batang keladi.

Batang keladi biasanya ditemui ditepi-tepi sungai di kampung-kampung. Bahagian yang boleh dimakan adalah dibahagian bawah batang sayur keladi itu. Dimana ia lebih lembut apabila direbus dan rasanya sangat sedap apabila dimasak bersama kuah asam rebus. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

Resepi Asam Pedas Batang Keladi (Masakan Kampung)

Bahan-bahan

  • Semangkuk sayur keladi – disiang,direbus dengan garam dan asam keping. Toskan dan ketepikan.
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 keping asam keping saiz besar
  • Garam
  • Perasa
  • Gula
  • Daun kesom 2-3 pokok

Kaedah

  • Mula-mula kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih
  • Masukkan sayur keladi tadi dalam periuk
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang ada sayur keladi tu
  • Masukkan air secukup,garam, serbuk perasa, gula, ikan bilis, hirisan bawang merah dan daun kesom
  • Masak hingga mendidih
  • Padam kan api dan sedia untuk dihidang dengan nasi panas.

Sayur batang keladi ini perlulah dibasuh dan direbus kebih awal. Anda juga perlulah pandai mencari jenis batang keladi kerana ada sesetengah keladi gatal apabila dimakan. Madam biasanya beli dari pasar pagi, dari peniaga yang boleh dipercayai. Lauk ini adalah kategori lauk kampung, jadi ia paling sedap di nikmati dengan lauk kampung juga. Contohnya sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan masin seperti ikan masin jeruk.

Bagaimanapun cubalah resepi ini dahulu, mana tau anda mungkin jatuh cinta pada rasanya. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *