Resepi Apam Nasi Warna Warni ( Kuih Tradisional)
Resepi kali ini merupakan antara menu yang kena dihidangkan di dalam santapan minum petang. Apam nasi berwarna warni ini amat mudah disediakan.Ia disediakan menggunakan nasi sejuk,yis,tepung beras dan tepung gandum dan beberapa pewarna yang anda suka. Apam nasi ini dimasak menggunakan teknik kos kukus di dalam acuan kuih lompang yang boleh anda beli di kedai pembekal. Berikut adalah cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan apam nasi warna warni ini.
Resepi Apam Nasi Warna Warni
Bahan A (kisar)
- 2 cawan nasi sejuk
- 2 ½ cawan air
- 1 ½ cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
Bahan B (kering)
- 2 cawan tepung beras
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil yis
- 1 sudu teh garam
Bahan lain
- Kelapa parut (putih )
- Secubit garam
- *Gaul kedua bahan.
Kaedah
- Mula kisar nasi,gula,garam bersama 2 ½ cawan air.
- Kemudian satukan bahan B.
- Tambah bahan A kepada bahan B.
- Tambah sikit-sikit dan kacau sebati.
- Kemudian warnakan adunan kepada beberapa warna pilihan hati.
- Rehatkan 2-3 jam.
- Panaskan pengukus.
- Masukkan adunan kedalam acuan lompang.
- Gris acuan sebelum digunakan.
- Kukus 15 minit sahaja.
- Selepas itu, keluarkan apam dan gaulkan ia bersama kelapa parut yang telah ditambah garam.
Apam ini perlulah di sediakan lebih awal kerana ia mengambil masa tiga jam untuk diperap sebelum dikukus. Oleh itu jika anda ingin minum petang dengannya anda haruslah menyedianya di waktu pagi. Apam ini sedap dinikmati bersama kelapa parut putih yang ditambah garam sedikit. Ini untuk menaikkan rasa lemak di dalam kelapa parut tersebut. Oleh kerana ia amat mudah anda tentu dapat menyediakannya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.