Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Air Lai Chi Kang Homemade (Menggunakan Periuk Noxxa)

author name

Air Lai Chi Kang merupakan pencuci mulut yang amat segar dan sedap dimakan ketika musim panas. Ianya memberikan rasa manis dan kesegaran melalui buah – buahan yang terdapat didalamnya.

Air Lai Chi Kang selalunya didapati direstoran. Akan tetapi, dengan menggunakan periuk Noxxa, anda juga boleh menyediakannya sendiri!

Resepi ini dikongsikan oleh Blog Wani Sukarno dan disukai ramai! Jom kita cuba!

Resepi Air Lai Chi Kang Homemade

lai-chi-kang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/3 cawan barli
  • 1 biji luo han guo
  • 15 biji kurma merah kering
  • 15 biji longan kering
  • 6 – 7 strips buah kundur manis kering
  • 4 biji kembang semangkuk direndam sampai kembang
  • White fungus secukupnya direndam sehingga kembang
  • Gingko nuts secukupnya
  • Air 2.3 liter

Cara – cara penyediaan:

  1. Pecahkan sedikit kulit buah luo han guo. Nanti masa proses merebus, luo han guo ini lah yang air nya menjadi warna kegelapan tu.
  2. Kesemua bahan lain, dibasuh sekejap dan ditoskan.
  3. Kembang semangkuk yang telah direndam, nampak dah kembang semua, tapi kat tengah setiap buah tu ada biji, ambil yang kembang luar, biji tu buang.
  4. Jangan rebus sekali dengan biji – biji pula ya.
  5. Buang air perlahan-perlahan dan sejatkan dalam penapis.
  6. Masukkan ke semua bahan ke dalam Periuk Noxxa, masukkan air, tutup periuk dan tekan high pressure selama 15 minit, tekan button on.
  7. Pastikan tombol ke pressure 5.
  8. Selepas bunyi beep, tekan button off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap sehingga habis, baru boleh buka tudung.
  9. Siap sedia untuk dihidangkan!

Nota:

  • Selepas masak, buka tudung, biarkan dalam keadaan terbuka lama sikit. Jangan tinggal dalam keadaan tertutup, bagi wap panas keluar sekejap, sebab nak elakkan barli menjadi terlalu kembang.

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *