Agar agar Laici Berkuah

Sedapnya…..

AGAR-AGAR LAICHI BERKUAH

Bahan-Bahan:

1 tin laici (asingkan airnya,
Separuh buah laici dihiris nipis, separuh lagi diblend halus)
1 ½ cawan gula pasir
1 peket agar-agar (20 grm)
2 helai daun pandan
5 cawan air

Cara:

Masak agar-agar dgn air sampai larut bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur tapis.
Masukkan semula ke dalam periuk.
Masukkan air laici yang telah diasingkan tadi dan laichi yang telah diblend halus tadi. Kacau rata untuk beberapa minit sampai didih.

Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu dlm peti ais. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.

Bagi kuah semasa menghidangkannya:
Setengah cawan susu cair
Setengah cawan air laichi dalam tin
1 sdb tepung jagung
2 sb gula.
Masak sebentar di atas api kecil. Tambah air jika kuah terlalu pekat.

Hidangkan semasa sejuk.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih ❤ ❤ ❤ ——————-

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *