Kumpulan Resepi Agar Agar Kering (Penuh Kenangan)

Ingin mencuba hidangan pencuci mulut yang mudah, sedap, dan penuhvkenangan? Resepi agar-agar kering adalah pilihan terbaik untuk anda! Resepi ini tidak hanya memberikan rasa manis yang memikat, tetapi juga tekstur kenyal yang pasti membuatkan anda ketagih. Hanya dengan beberapa bahan mudah, anda boleh menghasilkan agar-agar kering yang sempurna.

Agar-agar kering juadah popular ketika musim raya. Masa kecil-kecil dulu, awal puasa lagi emak sudah mula buat kuih ini. Tapi tidak payah tunggu raya, santai-santai di rumah pun bagus buat aktiviti memasak bersama anak-anak. Kita emak-emak tolong masakkan agar-agar. Time potong dan susun dalam dulang biar anak-anak yang buat. Ini secara tidak langsung dapat merangsang motor halus jari-jemari mereka. Anak-anak pasti gembira ketika menyusun bongkah-bongkah seperti Lego yang berwarna-warni.

Jom cuba kumpulan resepi agar-agar kering dari Facebook ini dan nikmati kelazatannya menggamit selera bersama keluarga! Mudah, cepat, dan pastinya memuaskan!

Agar-agar Kering Hari Raya

Imej via Facebook

Kuih yang dibuat setahun sekali. Jemur dalam 3 hari sudah boleh kering. Jadi camilan hari raya dan kudap-kudap anak-anak. Ayuh cuba resepi daripada Siti Hajar Hashim di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 60 g agar agar tali,
  • 1500 ml air (senang sukat guna botol air mineral yang besar),
  • 1500 g gula pasir/sekilo setengah,
  • 250 g gula batu (sepaket),
  • Pewarna.
Cara-cara :
  1. Basuh agar agar, masukkan dalam periuk, masak bersama air hingga agar agar cair.
  2. Masukkan gula batu dan gula pasir, tunggu hingga mendidih dan gula cair.
    **gula batu kalau besar, tumbuk guna lesung batu dulu supaya senang cair masa masak nanti.
  3. Masukkan agar agar tadi ke dalam loyang dan tambah pewarna, kacau sebati.
  4. Biarkan agar agar tadi keras dahulu, setelah keras, potong kecil dan jemur sehingga kering.

Agar-Agar Kering Ros

Imej via Facebook

Ada lagi ke yang suka kuih-kuih tradisional macam ini? Resepi daripada Hamizan Sulaiman ini menggunakan acuan bunga ros. Nampak cantik dan comel bukan? Sayang nak makan.

Bahan-bahan :
  • 60 g agar-agar tali (direndam dalam air),
  • 1500 ml air,
  • 1500 g gula pasir,
  • 250 g gula batu (tumbuk hingga sedikit hancur),
  • Pewarna makanan dan perasa.
Cara-cara :
  1. Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk. Masak agar-agar sehingga cair.
  2. Masukkan gula batu dan gula pasir. Kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan agar-agar ke dalam loyang dan tambah pewarna. Kacau hingga warna sekata.
  4. Biarkan hingga agar-agar keras. Setelah itu boleh dipotong kecil-kecil memanjang, kemudian dijemur hingga kering.
  5. Tanda agar-agar cukup kering warna di luar jadi putih, bila disentuh kering dan tidak melekat pada tangan.

Agar-Agar Kering Banyak Musim

Imej via Facebook

Agar-agar kering untuk majlis hari raya, dari dulu hingga sekarang masih lagi jadi kegemaran ramai. Walaupun lama menunggu hari untuk keringkan, tapi gigih juga Diana Bt Ismail membuatnya.

Bahan-bahan :
  • 60 g agar-agar tali (direndam dalam air),
  • 1500 ml air,
  • 1500 g gula pasir,
  • 250 g gula batu (tumbuk hingga sedikit hancur),
  • Pewarna makanan.
Cara-cara :
  1. Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk. Masak agar-agar sehingga cair.
  2. Masukkan gula batu dan gula pasir. Kacau hingga gula larut.
  3. Masukkan agar-agar ke dalam loyang dan tambah pewarna. Kacau hingga warna sekata.
  4. Biarkan hingga agar-agar keras. Setelah itu boleh dipotong kecil-kecil memanjang, kemudian dijemur hingga kering.
  5. Tanda agar-agar cukup kering warna di luar jadi putih, bila disentuh kering dan tidak melekat pada tangan.

Agar-Agar Kering Kenangan

Imej via Facebook

Bila tiba musim raya, inilah kuih kegemaran mak tiap kali balik kampung. Pasti dibekalkan untuk anak cucu bawa balik. Sekarang Fareeza Lieza kena buat sendiri bila mak sudah tidak ada.

Bahan-bahan :
  • 120 g agar-agar tali (4 bungkus) dibasuh, rendam sekejap bagi lembut dan toskan,
  • 2600 ml air,
  • 2.5 kg gula pasir,
  • 500 g gula batu.
Cara-cara :
  1. Masak agar-agar hingga hancur, kemudian masukkan gula dan gula batu. Masak hingga gula betul-betul hancur.
  2. Masukkan dalam loyang yang bersesuaian kemudian boleh letak pewarna pilihan.
  3. Sejukkan, bila sudah keras boleh potong dan jemur di bawah panas matahari.

Agar-Agar Kering Berperisa

Imej via Facebook

Agar-agar kering bikin ketagih, tambahan pula rasanya yang pelbagai. Boleh letak rasa buah-buahan, sirap, gula dan lain-lain. Resepi dikongsikan oleh Pae AF di laman Facebook.

Bahan-bahan:
  • 60 g agar-agar tali,
  • 1300 ml air,
  • 150 g gula batu – diketuk halus,
  • 1200 g gula pasir,
  • Pewarna makanan dan perisa yang disukai.
Cara-cara:
  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati.
  3. Masukkan gula batu dan gula. Masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna dan perisa pilihan.
  4. Sejukkan dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk yang menarik.
  5. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Agar-Agar Kering Gerenti Jadi

Imej via Facebook

Resepi seterusnya didatangkan daripada Azlina Hashim yang berkongsi di laman Facebook. Walaupun baru pertama kali buat, tapi menjadi dengan jayanya dengan resepi ini.

Bahan-bahan:
  • 60 g agar-agar tali,
  • 1300 ml air,
  • 150 g gula batu – diketuk halus,
  • 1200 g gula pasir,
  • Pewarna makanan dan perisa yang disukai.
Cara-cara:
  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati.
  3. Masukkan gula batu dan gula. Masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna dan perisa pilihan.
  4. Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk yang menarik.
  5. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.

Agar-Agar Kering Rangup

Imej via Facebook

Keringkan cara tradisional bawah matahari sekurang-kurangnya 3 hari jemur baru agar-agar kering sepenuhnya. Simpan dalam bekas dan sedia untuk dinikmati. Rasanya rangup di luar, dan manis di dalam. Resepi dikongsikan oleh Nursyahidah Yahaya di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 paket agar-agar tali 20 gram,
  • 1500ml air,
  • 1.5 kg gula pasir,
  • 1 paket gula batu 300gram (hancurkan dulu),
  • Perwarna makanan.
Cara-cara :
  1. Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati.
  3. Masukkan gula batu dan gula. Masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna dan perisa pilihan.
  4. Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk yang menarik.
  5. Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.
  6. Mesti buat satu adunan yang tidak berwarna. Itu yang paling cantik nanti bila sudah siap.

Agar-Agar Kering Manis

Imej via Facebook

Dengan pelbagai pilihan perisa yang menarik, ideal untuk dinikmati sebagai snek ringan atau hidangan pencuci mulut, untuk hidangan harian, atau majlis. Resepi dikongsikan oleh Asma Nordin.

Bahan – bahan :
  • 60 gram agar agar tali,
  • 1500 ml air,
  • 1200 g gula pasir kasar,
  • 120 g gula batu diketuk bagi halus,
  • 1 helai daun pandan simpulkan,
  • 300 ml air dimasukkan selepas mendidih,
  • Pewarna kesukaan @ flavour pun boleh digunakan.
Cara-cara :
  1. Rendam agar-agar 30 minit dan toskan.
  2. Masak agar-agar bersama dengan 1500ml air kemudian bubuh daun pandan.
  3. Masak hingga agar-agar betul-betul mendidih dan nampak jernih.
  4. Masukkan gula pasir dan gula batu, masak lagi hingga mendidih dan agar-agar betul-betul larut.
  5. Selepas itu tambahkan 300ml air yang terakhir ke dalam periuk dan masak lagi hingga mendidih, sekejap sahaja. Tutup api.
  6. Tapis agar-agar dan warnakan atau perisa mengikut kesukaan anda.
  7. Tuang ke dalam loyang yang bersesuaian. Saya guna loyang 10×10 inci.
  8. Sejukkan agar-agar pada suhu bilik hingga agar-agar keras dan potong ikut kesukaan anda. Saya potong guna pisau bergigi dan ukur bagi sama saiz dengan pembaris talam yang saya cipta khas mengikut pelbagai saiz.
  9. Jemur hingga kering bawah cahaya matahari.

Tips: Saya tutup dengan kain net nipis semasa jemur dibawah matahari supaya tidak ada lalat hinggap @ habuk melekat pada agar agar.
Biasanya kalau cuaca panas dalam 5 hari sudah kering cantik.

Agar-agar kering Kristal

Imej via Facebook

Nak tahu macamana sudah kering? Bila dekat luar agar-agar mengeras dan seperti lapisan kristal. Balik-balikkan supaya semuanya kering sekata. Resepi dikongsikan oleh Lynn Azlin di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Agar agar tali 80g,
  • Gula putih 2 kg,
  • Gula batu 600g,
  • Air 2 liter.
Cara-cara :
  1. Masak semua sampai hancur dan sebati.
  2. Asingkan dalam loyang.
  3. Kemudian warnakan dan boleh perasakan juga.
  4. Jemur 3-5 hari.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi agar-agar kering, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *