Resepi Acar Timun dan Nanas

acar timun

Acar timun dan nanas selalu dihidangkan bersama dengan nasi minyak. Dimakan pula bersama dengan daging masak hitam atau ayam masak merah, gabungan rasanya pasti bikin semua jatuh hati. Timun yang rangup serta masam manis daripada nanas amat melazatkan! Acar timun dan nanas juga mudah untuk disediakan, ianya hanya menggunakan bahan yang mudah untuk didapati seperti timun dan nanas, serta bawang merah, lada besar merah dan hijau serta gula dan garam.

Acar timun dan nanas juga boleh menjadi salah satu alternatif untuk makan sayur dengan lebih banyak. Anda juga boleh mengamalkan suku suku separuh dengan memasukkan acar timun dan nanas di dalam hidangan anda. Selain daripada nasi minyak, anda juga boleh menghidangan acar timun dan nanas bersama dengan nasi beriani atau apa apa sahaja hidangan kegemaran anda!

Resepi ini dikongsikan oleh Hapizah Wahid dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat resepi ini bersama sama!

Resepi Acar Timun dan Nanas

acar timun 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Nanas
  • Timun
  • Bawang besar
  • Lada besar merah & hijau
  • Gula pasir
  • Sedikit garam

Cara – cara memasak:

  1. Hiris kesemua bahan nipis dan masukkan gula pasir dan sedikit garam.
  2. Kacaukan bahan sehingga sebati.
  3. Anda boleh rehatkan di dalam peti ais sebentar atau boleh hidangkannya segera.
  4. Siap!
acar timun
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Resepi Menarik Lain