Tengok saja puding susu ini pun sudah terliur belum lagi kita merasainya. Pastinya sedap dan akan menjadi kegemaran anda. Cara untuk menyediakannya juga amatlah mudah.
Puding susu ini sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang atau sambil sambil anda sekeluarga meluangkan masa bersama di hujung minggu.
Resepi puding susu ini telah dikongsikan oleh Maria Zainal di laman sosial Facebook miliknya. Pasti anda sudah terliur bukan, jadi marilah kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.
Resepi Puding Susu
Bahan – bahan:
- 1 paket agar2 tali
- 1/4 cawan air untuk tepung kastad
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- 1 cawan gula
- 2-3 sudu besar tepung kastad
- 1 tin fruit cocktail
Cara penyediaan:
- Masak agar – agar dengan air dan gula hingga larut.
- Air 1/4 cawan dicampurkan bersama tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
- Apabila campuran agar – agar larut, masukkan susu cair. Apabila mendidih, masukkan tepung kastad yang telah dibancuh dengan air dan fruit cocktail.
- Masakkan selama dua minit dan tutup api.
- Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai.
- Sejukkan dan hidangkan.
Resepi – resepi yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!
Leave a Reply