Resepi Agar-Agar Koktail (15 Minit Sahaja!)

Pada perkongsian kali ini, kita akan bawakan resepi agar-agar koktail yang akan mengambil masa 15 minit sahaja dari persiapan sehinggalah penyediaannya! Menarik bukan?

Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan agar-agar koktail ini dan kami bawakan salah satu caranya di dalam resepi ini khas buat anda semua. Cara-caranya juga mudah disebabkan itu ianya tidak memakan masa yang panjang.

Resepi agar-agar koktail yang mudah ini telah pun dikongsikan oleh Ida Rohaiza di akaun sosial media Facebook miliknya. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bagaimana hendak membuat agar-agar koktail ini!

Resepi Agar-Agar Koktail

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
  • 900 ml air
  • 1 tin koktel buah-buahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan

Cara penyediaannya:

  1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
  3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
  4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *