Nasi Arab Kabsah merupakan hidangan Arab yang terdiri daripada nasi, ayam serta sos sambal Arab. Ianya menggunakan banyak rempah ratus yang pastinya menaikkan selera sesiapa yang merasainya. Ianya juga memberikan rasa yang lebih unik dan menyelerakan.
Nasi Arab Kabsah selalunya didapati di restoran Arab. Walaubagaimanapun, kini anda juga boleh menyediakannya sendiri! Resepi yang kami bawakan kali ini khas buat anda semua.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Emma Wan Noordin dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook beliau. Jom kita lihat!
Resepi Nasi Arab Kabsah
Bahan – bahan:
Nasi Arab:
- 3 cawan beras basmati
- 4 sudu besar myk sapi
- 3 1/4 cawan air
- 1 inci halia dimayang
- 1 biji bwg besar didadu
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 ulas buah pelaga
- 1 batang lobak disagat
- 1 biji tomato didadu
- 2 sudu tomato puri
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan serbuk cili
- 2 biji cili merah
- 1 biji cili benggala merah
- 1/4 cawan kismas
- Sedikit pewarna kuning dan oren
- Gula serta garam
- 1 ulas kiub ayam
Dikisar:
- 1 sudu makan bunga cengkih*
- 1 sudu makan lada hitam*
- 1 sudu makan jintan manis*
- 1 sudu makan jintan putih*
- 2 sudu makan ketumbar biji*
- 1 sudu makan buah pelaga*
Ayam:
- 1 ekor ayam dibelah dua
- 250 ml yogurt
- 2 sudu bsr madu
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk safron
Sos Sambal Arab:
- 1 biji tomato
- 5 biji cili hijau besar
- 1 tangkai batang ketumbar
- Sedikit gula dan garam
- Sedikit perahan limau nipis/lemon
Cara – cara memasak:
Nasi Arab:
- Panaskan minyak. Tumis kayu manis, buah pelaga serta bunga lawang. Tambah juga bawang putih, halia dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau.
- Letak tomato,tomato puri serta bahan kisar*. Goreng sebentar. Kemudian tambahkan kiub ayam, kismis, lobak parut, garam serta gula. Kacau rata.
- Tambah beras. Kacau perlahan. Masak nasi sehingga masak.
- Apabila nasi sudah masak, titiskan beberapa titisan pewarna oren dan kuning (atau serbuk safron). Tutup periuk dengan penutup periuk. Apabila nak dihidangkan barulah dikacau nasi dengan menggunakan garpu.
Ayam:
- Satukan ayam bersama bahan dan perap selama satu ke dua jam.
- Kemudian, bolehlah digoreng.
Sos Sambal Arab:
- Kisarkan kesemua bahan. Jangan terlalu hancur.
- Siap!
Resepi lain yang menarik:
Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!
Leave a Reply