Resepi Daging Bakar Danok (Resepi Viral!)

Resepi-Daging-Bakar-Danok

Daging Bakar Danok merupakan hidangan yang pernah tular suatu ketika dahulu. Ianya merupakan hidangan daging lembut bersama dengan sos istimewa yang pasti buat si pemakan teringat – ingat.

Tahukah anda, daging bakar Danok ini mudah untuk disediakan? Ianya menggunakan bahan yang asas dan mudah untuk didapati serta masa penyediaannya tidak lama!

Resepi ini dikongsikan oleh Eira Hamzah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Daging Bakar Danok

Resepi-Daging-Bakar-Danok
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan-bahan Perap Daging:

  • Sekeping daging (guna bahagian yang lembut)
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sk gula perang
  • 1 sk lada hitam
  • 1 sk minyak

Bahan-bahan Sos:

  • 2 sb sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sk palm sugar @ gula perang
  • 1 sb serbuk cili (chili flakes)
  • 1 sb beras SANGAI – ditumbuk halus
  • 1 biji bwg merah – hiris halus
  • Daun ketumbar – hiris

Cara – cara memasak:

Daging:

  1. Satukan semua bahan bersama daging dan perap selama 1 jam.
  2. Selepas 1 jam, bakar atas kuali dengan api sederhana sehingga masak.

Sos:

  1. Sangai beras jangan sehingga hangit. Tumbuk halus.
  2. Campurkan bahan-bahan dalam mangkuk dan sebatikan. Rasa ikut citarasa masing-masing.

Tips daging lembut sebelum masak:

  1. Perap dengan lemon atau limau nipis. Perak lama sedikit dalam 2 hingga 24 jam. Campurkan lemon atau limau nipis ke dalam potongan daging anda dan biarkan selama 2 jam atau lebih.
  2. Perak dengan halia dalam 2 hingga 24 jam. Potong halia banyak sedikit dan perapkan bersama potongan daging.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *