Resepi kali ini merupakan sejenis resepi yang biasanya dihidangkan sebagai pencuci mulut. Agar-agar sirap susu disediakan menggunakan bahan yang amat ringkas. Pembuatannya juga amat mudah ia hanya memerlukan 5 bahan utama iaitu serbuk agar-agar ,gula, susu, sirap dan air. Cara memasak juga ialah hanya dengan merebusnya sehingga menggelegak.
Bagi anda yang masih baru dalam dunia masakan dan ingin mencari mencuba resipi yang ‘pasti jadi’ anda patut mencuba resipi ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi menyediakan agar-agar sirap susu ini.
Resepi Agar-agar Sirap Susu (Sedap Nyaman)
Bahan-bahan
- 1000ml air
- 1 pek serbuk agar-agar (11g)
- ½ cawan gula
- ½ cawan susu cair
- 1 sudu teh sirap ros
- 1 helai daun pandan
- ½ tin susu cair dimakan semasa menikmati agar-agar ini.
Kaedah
- Mula-mula masukkan air, gula bersama serbuk agar-agar di dalam periuk.
- Kemudian biarkan ia menggelegak.
- Masukkan pula susu cair bersama satu sudu teh sirap ros.
- Masak lagi sehingga bancuhan menggelegar. Tutup api dan sejukkan sebentar sebelum dia masuk ke dalam acuan yang sesuai. Sejukkan sebelum dinikmati. Agar-agar ini paling sedap dimakan bersama susu cair.
- Siap!
Bagi menyediakan agar-agar ini amat penting untuk anda memastikan adunan ini dimasak sehingga benar-benar menggelegak. Ramai orang yang mencuba resipi seperti ini gagal kerana tidak memasaknya sehingga mengelegak. Jadi diharap anda akan mencuba resipi ini dan pasti anda akan suka rasanya. Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply