Pada posting kali ini, kita akan kongsikan resepi biskut kelapa klasik dengan anda semua! Biskut kelapa yang akan dikongsikan ini kelihatan sedikit berbeza dengan biskut kelapa yang biasa kita dapati di kedai. Ianya merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu. Rasanya amat lazat, cantik dan semestinya mudah untuk disediakan. Buat para amatur, resepi ini khas buat anda semua!
Biskut kelapa ini mempunyai bentuk seakan love yang boleh dibuat dengan menggunakan acuan dan warnanya sedikit cerah. Selalunya jika dah termakan biskut kelapa ni mesti tidak boleh berhenti! Bahan – bahan untuk membuat biskut kelapa ini juga mudah untuk didapati. Antaranya termasuklah, tepung ubi, jagung dan gandum serta kelapa parut. Cara pembuatannya boleh dilihat dibawah!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Noor Layla di laman sosial Facebook miliknya. Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat bagaimana hendak menyediakan resepi biskut kelapa klasik ini!
Resepi Biskut Kelapa Klasik
Bahan – bahan:
- 250g mentega
- 2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan kelapa parut (disangai)
- 1 bji telur
- 1 cawan gula
- 1 sudu teh baking powder
Cara – cara memasak:
- Pukul gula, telur dan mentega sehingga sebati.
- Masukkan ketiga – tiga jenis tepung, baking powder dan kelapa parut.
- Uli sehingga doh menjadi lembut.
Nota: Sekiranya doh terlembik, campurkan bersama tepung jagung. - Tekapkan dengan acuan.
- Bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau sehingga nampak bahagian bawah biskut keperangan. Bergantung kepada oven masing – masing.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!
Leave a Reply