Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Mee Sizzling (Macam Kat Kedai!)

author name

📄

Mee Sizzling sering didapati di restoran – restoran terkenal sekitar kita. Selalunya, mee sizzling ini dihidangkan bersama hot pot yang digunakan semasa menyediakan mee sizzling. Ianya juga memberi rasa pedas daripada lada hitam yang amat menenangkan dan menyelerakan.

Mee Sizzling ini merupakan mee simpul yang dimasak bersama kuah yang pekat likat dan pedas. Kalau ikutkan selera anda juga boleh menambahkan ayam ataupun telur mata bersama. Pasti lazat dan mengenyangkan.

Resepi ini dikongsikan oleh Rhozisham Abd Rashid dan mendapat lebih 2.6K perkongsian dilaman Facebook tau. Apa tunggu lagi? Jom kita lihat!

Resepi Mee Sizzling

mee-sizzling
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 7 ulas bwg putih( mayang )
  • 3 inci halia(mayang)
  • 10 tangkai cili kering ( potong 2-3 buang biji)
  • Lada hitam(tumbuk) anggaran 1 stgh sudu besar selepas d tumbuk
  • Serbuk lada sulah
  • Ayam dipotong kecil

Bahan sos/perasa:

  • Kicap pekat 1-2 senduk
  • Kicap manis 1-2 senduk
  • Kicap masin 1-2 senduk
  • Sos tiram 1 senduk
  • Minyak bijan (2 sudu besar)
  • Cili giling/cili boh (2 sudu besar)

Bahan – bahan lain:

  • Cendawan butang kering ( rendamkan dalam air dahulu)  dipotong 2 atau 4 
  • Air bancuhan tepung jagung
  • Telur ayam (6 biji)
  • Sawi (celur)
  • Garam
  • Gula
  • Yee mee (celur sebentar)

Cara – cara memasak:

  1. Mula-mula panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan halia.
  2. Kemudian apabila ia telah naik bau, masukkan pula cili kering.
  3. Masukkan ayam pula, goreng hingga ia masak.
  4. Masukkan lada hitam, lada sulah dan minyak bijan.
  5. Tumiskan pula cili giling dan tutup periuk seketika.
  6. Apabila ayam mula mengeluarkan air, masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. 
  7. Biarkan menggelegak sebentar dan masukkan air anggaran 6 – 8 orang makan. 
  8. Masukkan cendawan, gula dan garam secukup rasa. 
  9. Masukkan bancuhan tepung jagung bersama air kedalam kuah. 
  10. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *