Resepi Ayam Masak Merah Perak (Versi Kenduri)
Sejenis menu yang biasa dihidangkan didalam kenduri kendara, ayam masak merah Perak ini adalah sangat berbeza berbanding ayam masak merah yang biasa kita temui. Dalam masakan ini, bahah-bahan yang digunakan terdiri dari remoah ratus seperri jintan, buah keras, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Satu lagi bahan yang unik ialah kacang tanag yang telah ditumbuk. Bahan-bahan ini apabila di sangai memberi satu aroma yang amat menarik, yang anda sendiri harus cuba. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Ayam Masak Merah Perak (Versi Kenduri)
Bahan utama
- ½ ekor ayam (perap dengan garam dan kunyit)
Bahan kisar
- 10tangkai cili kering*
- 1sdu makan jintan manis*
- 3sdu makan kacang tanah*
- 2bji buah keras*
- 1inchi belacan*
- 2 bunga lawang*
- 2cengkih*
- 1/4btg kayu manis*
- 1bji cili hidup
- 5bji bwg merah
- Sangai bahan bertanda* dan kisar halus dgn sikit air bersama cili hidup dan bawang merah dan tambahkan 4 sudu besar sos tomato.
Bahan tumis
- 2bji bawang merah dimayang
- 3 ulas bawang putih dimayang
- 3 inci halia dimayang
- 1 kulit kayu manis
- 1 bunga lawang
- 3 cengkih
- ⅓ cawan santan pekat
Kaedah
- Tumis semua bahan tumis hingga wangi.
- Masukkan bahan kisar tadi bersama sos tomato dan tumis hingga garing. Masukkn ayam goreng dan tambah sedikit air masak sebentar.
- Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasa dengan garam dan gula.
Resepi ini adalah resepi turun temurun yang biasanya diguna dalam majlis besar seperti majlis perkahwinan. Bagi anda peminat masak merah, anda haruslah menucba resepi ini. Selain dari menikmatihya bersama nasi minyak atau nasi tomato anda juga boleh mencubanya bersama nasi putih. Rasanya yang amat sedap sesuai dengan apa jua jenis nasi. Jadi selamat mencuba ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Ada lagi yg tertinggal kena ada kas2 dan sedikit rempah kari daging, belacan xperlu