Resepi Biskut Peanut Butter Biskut Legend Pujaan Ramai
Mengikut peredaran zaman pelbagai nama dan jenis biskut yang ada di pasaran. Pilih sahaja yang mana mengikut citarasa anda. Begitu juga biskut peanut butter, agak jarang kan kita lihat mana-mana rumah yang hidangkan biskut legend ini.
Nak cari di kedai pun susah, mungkin kerana permintaan yang tidak tinggi maka tidak ramai yang mahu menjualnya. Tidak mengapa resepi kali ini kami kongsikan resepi biskut peanut butter yang legend untuk anda cuba buat dirumah. Resepi biskut legend ini ditulis oleh Aisyah My.
Bahan-bahan
- 1 3/4 cawan magerin planta
- 1 cawan gula halus
- 3 biji kuning telur
- 1 sdt esen vanilla
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung jagung
- 1 1/2 botol kecil peanut butter lady choice (250 gm)
- Kismis
Cara Penyediaan
- Satukan magerin (1 cwn dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
- Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut (bila dipicit tak merekah.
- Adunan biasanya licin dan tak lekat di tangan. Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut. Kalau lembik, tambah sedikit tepung gandum.
- Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan 13 gm sebiji untuk acuan saya.
- Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
- Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 20-25 minit bergantung kepada oven.
Biskut peanut butter ini bila dah siap bakar memang semerbak harumnya buat kita tak sabar nak makan. Resepi biskut legend agak jarang nak nampak di kedai, takkan rugi anda cuba resepi ini.
Resepi Menarik Yang Lain
Pelbagai resepi menarik yang telah kami sediakan untuk anda cuba sendiri. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami, Jangan lupa cuba ya!