Resepi Ketam Bercili Telur (Sedap Mengasyikkan!)

ketam-bercili-telur

Terdapat pelbagai juadah yang boleh disediakan dengan menggunakan ketam. Peminat makanan seafood, resepi ini khas untuk anda semua! Pastikan guna ketam yang segar.

Resepi yang akan dikongsikan adalah resepi ketam bercili telur. Nama pun sudah buat kita lapar bukan? Apatah lagi hasilnya nanti. Resepi ini sangat mudah dan anda wajib cuba di rumah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Rosdina Idris di laman Facebook milik beliau dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Tanpa membuang masa lagi, mari sama-sama kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Resepi Ketam Bercili Telur

ketam-bercili-telur
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ketam 3 ekor, goreng dan ketepikan

Bahan kisar:

  • Bawang merah 6 bij
  • Bawang putih 3ulas
  • Halia 1/2 inci
  • Gula
  • Garam
  • Cili kisar 3 sudu
  • Sos cili 3 sudu
  • Cuka masakan 1 sudu
  • Cili padi 4 biji dihiris serong
  • Daun kari
  • Telur sebiji

Cara – cara memasak:

  • Tumis bahan kisar, masukkan cili kisar masak hingga garing.
  • Masukkan air 1 cawan, sos cili dan cuka masakan, tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan ketam yang telah digoreng, gula, garam dan pecahkan telur. Kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali, taburkan daun kari dan cili padi, kacau manja, siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *