Kali ini di resepi.my kami bawakan resepi popia tuna goreng khas buat anda semua. Resepi ini merupakan resepi yang amat ringkas, sesuai dijadikan hidangan bekalan anak anda ke sekolah. Ianya juga sesuai dihidangkan pada minum petang atau dibawa semasa potluck bersama rakan rakan. Popia tuna goreng ini juga sangat addictive, pasti anda akan makan bertambah tambah kerana keenakan rasanya.
Resepi ini menggunakan bahan yang mudah untuk didapati seperti tuna chunks, bawang merah serta tomato. Tak perlu lagi ke pasar raya, kerana selalunya bahan bahan ini merupakan bahan yang sudah pasti ada di dapur anda. Oleh itu, anda boleh menyediakan hidangan ini pada bila bila masa sahaja! Ianya juga boleh disiapkan dan dibeku terlebih dahulu tau!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Sha Roziah Al Yahya dan mendapat banyak shares dan likes di Facebook tau. Jom tengok!
Resepi Popia Tuna Goreng
Bahan – bahan:
- Kulit popia
- Tuna Chuncks in Water (Ayam Brands)
- Bawang Merah
- Tomato
- Mayonis
- Lobak
- Hirisan cili api (jika suka)
- Cheese ( jika suka )
Cara – cara memasak:
- Buangkan air di dalam tin tuna.
- Hiriskan bawang merah dan tomato dan lobak dipotong dadu.
- Letakkan mayonis secukup rasa.
- Masukkan hirisan cili api.
- Satukan kesemuanya di dalam satu bekas dan kacau sebati.
- Masukkan ke dalam kulit popia dan bungkus kemas.
- Apabila sudah siap, susunkan ke dalam bekas dan simpankan di tempat beli.
- Hanya keluarkan apabila hendak menggoreng ye!
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!