Resepi Udang Buttermilk Berempah Masakan Mewah Nikmati Dirumah
Resepi ini merupakan masakan berasaskan udang dan sangat sesuai bagi peminatnya. Udang goreng tepung Bestari bersama dengan buttermilk amat mudah untuk disediakan dan sangat sedap. Walaupun bahan-bahan digunakan agak premium tapi ia sangat berbaloi kerana jika anda beli dikedai ia jauh lebih mahal. Baiklah berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.
Bahan-bahan
- Udang saix XL
- Garam dan cukup rasa Maggi
- Serbuk kari daging
- *perap semua bahan
Bahan A (basah)
- Tepung ayam bestari (saya pilih jenis pedas)
- Serbuk kari
- Garam dan cukup rasa Maggi
- Air sejuk
- *bancuh tidak terlalu pekat atau cair
Bahan B (kering)
- Tepung ayam bestari
- Serbuk kari
- Tepung ayam gunting (kalau suka, tak ada pun ok)
Kaedah
- Perap udang dan sebelum goreng celup dengan bahan A iaitu bahan basah.
- Celup pula dengan bahan B iaitu bahan kering.
- Barulah goreng dengan minyak yang cukup banyak dan sederhana panas.
- Api perlu dikawal kerana jika tidak udang tidak masak didalam.
- Selepas udang garing, alih dan ketepikan sebentar.
Bahan buttermilk
- Butter unsalted
- Sedikit minyak masak
- Bawang besar + bawang putih (kisar kacar atau tumbuk)
- Cili api siap hiris
- Daun kari
- Sedikit serbuk kari daging
- Krim masakan
- Air secukupnya
Kaedah
- Panaskan kuali dan tambah butter bersama sedikit minyak
- Tumis bawang, daun kari dan cili api.
- Tambah serbuk kari dan akhir sekali tambah air dan juga sedikit krim.
- Kalau nak boleh tambah gula tapi tak letak pun sedap.
- Gaul udang bersama sos buttermilk sebelum dihidangkan.
- Siap!
- *Kuah buttermilk ini tidak perlu garam kerana udang yang digoreng telah cukup perasa.
- *sukatan bahan-bahan adalah mengikut sukatan udang dan masakan ini adalah jenis kering jadi awas pada sukatan krim agar tidak terlalu banyak.
Untuk menyediakan udang ini yang paling sedap pilih saiz XXL ya kerana ia pasti akan memuaskan selera anda terutama bagi peminat udang. Hidangan ini boleh diratah sahaja atau dimakan bersama nasi panas.Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.