Resepi ini adalah resepi minuman yang sangat ringkas dan mudah untuk disediakan tetapi cara penyediaannya sedikit berbeza. Dengan perbezaan inilah menjadikan minuman lebih sedap dan pasti menghilangkan haus anda. Bahan-bahan yang digunakan sama iaitu asam boi, limau nipis dan gula, untuk minuman masam-masam begini perlulah cukup manis jadi jom tengok apakah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Asam boi
- Limau nipis (ambil kulit hijau dan tinggalkan yang putih)
- Gula (kalau suka manis tambah lebih)
- Ais
Kaedah
- Rendam asam boi dengan air suam bersama gula hingga kembang dan manisnya sebati.
- Potong kulit dari buah limau nipis baru potong dua dan perah untuk jusnya.
- Kisar semua bahan ini hingga halus dan tak perlu tapis.
- Masukkan ais dalam bekas baru tuang jus yang telah disediakan.
- Kalau suka manis boleh tambah air gula atau kisar bersama gula (saya guna stevia drop)
- Hidangkan bersama hidangan anda
- Siap!
Untuk elak rasa pahit kulit limau nipis perlu diambil dibahagian hijaunya sahaja kerana kulit yang berwarna putih itu yang menyebabkan ia pahit. Untuk minuman seperti ini ia amat sesuai dihidangkan ketika musim panas kerana rasanya yang masam-masam manis dan bercampur dengan pahit sikit yang pastu digemari terutama oleh golongan dewasa. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.