Resepi kali ini ialah resepi kuih raya yang agak popular dan sudah tentu digemari ramai orang. Tart nenas antara kuih raya paling wajib terutama ketika menjelang hariraya. Tart nyonya menggunakan bahan yang lebih kurang macam tart nenas lain tapi sedikit berbeza kerana intinya berada diluar tidak seperti tart nenas gulung dimana intinya duduk didalam gulungan pastri. Tetapi rasa tart nyonya sama je sedap malah saya secara peribadi lebih mengemarinya, jom kita lihat apakah bahan-bahanya.
Bahan-bahan
- Tepung gandum 400g
- Tepung jagung 3 tbsp
- Butter sejuk 250g
- Gula aising 3 tbsp
- Kuning telur 2 biji
- Esen vanila 1 tsp
- Pewarna egg yellow
Kaedah
- Campurkan dan ayak tepung gandum dan tepung jagung.
- Gaul supaya rata dan kemudian masukkan butter yang masih sejuk tetapi masih boleh ditekan.
- Gaul hingga ia menjadi ‘bread crumb’ kemudian masukkan gula aising.
- Sementara itu gaul kuning telur dengan warna egg yellow dan juga esen vanila.
- Barulahmasukkan ke adunan yang kita dah adun tadi.
- Terus uli perlahan-lahan hingga adunan tidak melekat dijari.
- Rehatkan sebentar sementara anda panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Canaikan doh dan terap dengan acuan tart nyonya.
- Sebelum bakar letakkan inti nenas yang telah dibulat-bulatkan diatas tart nyonya
- Kalau suka boleh hias bahagian atas tat, bakar pada suhu 160c selama 20-25 minit.
- Siap!
Untuk membuat hiasan dibahagian atas, ambil sedikit adunan kuih tart dan tambahkan air kemudian tapis agar ia lebih halus, masukkan dalam piping bag barulah hiaskan ia. Untuk inti anda boleh beli yang telah siap jadi tak perlukan anda bersusah payah membuatnya. Namun ada juga sesetengah orang gemar buat sendiri inti tat nenas apapun jangan lupa mencuba resepi ini bukan sahaja seap tetapi juga ia lebih cantik. Selamat mencuba!