Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Salad Mangga Dengan Gajus Ratah Sedap Makan Ngan Nasi Pun Sedap

author name

Resepi ini merupakan antara resepi yang sangat digemari didalam hidangan masakan Thailand iaitu salad atau kerabu mangga. Kalau berkunjung ke restoran Johnny pasti menu ini diorder tapi kali ini kita akan buat sendiri kerabu atau salad ini. Antara bahan yang perlu ada ialah mangga yang masih keras saya suka pilih yang jenis lemak tapi kalau anda suka anda boleh pilih jenis masam. Baiklah jom lihat apakah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Mangga muda (saya pilih jenis lemak)
  • Tomato ceri (potong 4)

Bahan lain

  • Bawang besar
  • Cili api
  • Daun ketumbar
  • Udang kering (rendam sekejap dan tumbuk)
  • Jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kacang gajus bakar sebentar dan piting kecil sedikit.
  • Sukatan bahan ini bergantung pada kuantiti mangga, jadi anda perlu anggarkan sendiri bahan-nahan lain.

Kaedah

  • Bersihkan mangga dan hiris pajang
  • Hiris bawang besar, daun ketumbar dan cili api.
  • Tumbuk udang kering kasar-kasar.
  • Gaul udang kering,bawang besar, cili api dan daun ketumbar
  • Tambah mangga,buah tomato dan gaul sebati.
  • Tambah jus limau nipis, gula dan garam
  • Gaul-gaul sebati akhir sekali masukkan kacang gajus.
  • Siap!

Jika anda suka anda boleh tambah kacang tanah yang telah siap dibakar tapi tumbuk kasar-kasar sebab ia lebih sedap. Ini kalau anda suka jika sebaliknya tidak perlu. Masakan ini simple tetapi sedap selain dimakan dengan nasi, ratah saja pun sedap. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.