Resepi kali ini adalah resepi masakan berasaskan masakan Thailand. Namun lebih special kerana resepi ini saya cuba daripada koleksi resepi Khairul Aming. Dalam masakan ini penyediaannya ringkas tetapi sedap dan sesuailah bagi anda yang hanya makan malam di rumah. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Ayam siap potong sederhana besar
- (perasakan dengan garam dan kunyit)
- Serai siap ketuk
- Daun limau purut
- Cili api (cincang dan tumbuk pecah sikit)
- Sos ikan
- Air asam jawa
- Sayur baby corn
- Kacang panjang
- Carrot
- Garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa.
Bahan kisar
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
- Kunyit hidup/serbuk kunyit
Kaedah
- Mula-mula goreng ayam hingga garing dan ketepikan sebentar.
- Tumis bahan kisar dan biarkan ia naik minyak dulu.
- Selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan juga cili api.
- Biarkan bahan-bahan ini sebati dulu kemudian baru masukkan sos ikan dan air asam jawa.
- Tambah garam,gula dan ajinomoto kacau sebati baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kemudian masukkan sayur-sayuran.
- Tambah air jika perlu.
- Siap!
- *Sukatan perlu ikut anggaran sendiri berdasarkan jumlah ayam yang digunakan.
Resepi amat mudah kerana bahan-bahan yang diperlukan amat mudah ditemui dinegara kita. Rasa ayam phad phet ini tidaklah banyak berbeza berbanding ayam goreng berlada cuma ianya sedikit berbeza kerana dalam masakan ini ia mempunyai tambahan sayur-sayuran dan sedikit rasa masam yang diimbangi dengan rasa pedas.. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.