Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kari Daging Rempah Babas Santan Kara Hidangan Sempoi Gen Z

author name

📄 ,

Resepi kali ini merupakan cara paling mudah untuk masak kari daging. Ini khusus bagi peminat kari, dalam resepi ini bahan-bahan yang digunakan amat ringkas, minima tetapi ia juga sedap dan amat sesuai bagi anda yang ingin masak sesuatu yang cepat tetapi sedap. Dalam resepi kari ini saya menggunakan santan Kara  sahaja, rempah kari pula saya guna serbuk kari Baba’s sahaja. Bahan-bahan lain seperti bawang besar, bawang putih dan halia boleh dikisar lebih awal dan jadikan stok dalam peti ais untuk masakan seperti kari mahupun sup ayam. Jom kita lihat apakah cara mudah untuk sediakan kari daging ini.

Bahan-bahan

  • 1-2 pek daging bahagian lembut (siap potong dadu dan perap dengan sikit pes kari)
  • Kentang potong baji
  • Santan Kara 1 kotak kecil
  • Asam keping 

Bahan kisar

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan tumis

  • Daun kari
  • Bahan kisar
  • Kari daging Baba’s (bancuh sikit dengan air jadikan pes)

Kaedah

  • Mula-mula tumis bahan tumis dan biarkan hingga pes kari naik minyak.
  • Masukkan sedikit air dan juga asam keping
  • Tambah daging dan juga kentang.
  • Masak hingga kentang empuk dan daging lembut.
  • Masukkan santan, kacau rata akhir sekali tambah garam dan ajinomoto.
  • *air tambah sikit jangan bagi cair atau pekat sangat.
  • Siap! 

Hidangan ringkas ini sedap dimakan bersama telur dadar atau pun telur masin. Sesetengah pengemar kari ada juga yang suka makan dengan kicap,terpulang dengan selera masing-masing. Selain dimakan dengan nasi anda boleh juga makan dengan roti jala, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.