Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Susu Almond Buah Kurma Sesuai Pengamal Diet Low Carb

author name

Resepi kali ini ialah resepi minuman yang berkhasiat dan mudah untuk disediakan. Air susu kurma ini disediakan khusus bagi mereka yang ada diabetis. Resepi ini saya cuba sendiri kerana saya tidak minum susu segar., ia mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi. Kurma walaupun tinggi gula tetapi ada kajian menunjukkan ianya tidak memberi kesan yang tinggi kepada gula dalam darah. Oleh kerana itu ia amat sesuai diamalkan sebagai hidangan sahur ketika berpuasa khususnya pesakit diabetes. Baiklah berikut adalah bahan-bahanya..

Bahan-bahan

  • 3 biji buah kurma
  • Sedikit air
  • Susu almond

Kaedah

  • Kupas buah kurma dan asingkan bijinya.
  • Rendam sebentar dengan sedikit air panas (setakat rendamkan sahaja buah kurma agar manisnya keluar)
  • Kisar bahan tadi dengan secawan susu almond.
  • Untuk hasilkan susu panas masak sebentar atas dapur.
  • Siap!

Selain dari susu kurma anda boleh juga menggunakan susu oat tetapi tidak sesuai bagi pesakit diabetis kerana oat juga ada karbohidrat yang tinggi. Apapun anda boleh cuba sendiri dengan menguji kandungan gula dalam darah sebelum dan selepas 2 jam ambil susu oat. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.