Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Viral Ayam Goreng Kunyit Ala Gerai Simple Giler

author name

Resepi ini pernah popular pada suatu masa dulu. Walaupun penyediaannya amat mudah namun ia juga sering menjadi pilihan dalam menu-menu direstoran. Ini kerana rasanya sedap dan bila dihidang dengan nasi ianha amat mengenyangkan. 

Baiklah kali ini saya kongsi kan cara saya menyediakan ayam goreng kunyit dengan cara yang lebih mudah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

Utama

  • 300g isi ayam bahagian dada (potong sederhana besar bentuk kiub)
  • 1-2tbsp tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Kunyit serbuk secukup rasa

Hiris dan tumis

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas cili api
  • 1 -2 batang lobak merah potong mancis
  • 5 batang kacang panjang potong pendek

Kaedah

  • Mula-mula gaul ayam dengan garm, kunyit dan tepung jagung.
  • Goreng dengan minyak yang betul-betul panas supaya luarnya garing tapi dalam juicy.
  • Alih dan tos minyak
  • Dalam kuali kurangkan minyak goreng ayam tadi.
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api.
  • Kemudian tumis lobak merah dan kacang panjang dan masak hingga layu.
  • Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  • Hidangkan bersama nasi, kicap dan sambal berlada.
  • Siap!

Jika digerai biasanya hidangan ini dihidang bersama sambal berlada dan juga kicap tapi kalau untuk budak-budak makan begitu sahaja pundah sedap. Anda boleh guna resepi sambal berlado yang terdapat dalam resepi ini ianya bukan sahaja sedap tapi juga mudah untuk disediakan. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.