Resepi kali ini merupakan resepi masakan Thailand. Pad kra pao daging adalah sejenis hidangan yang mudah namun sangat sedap untuk dinikmati dengan nasi. Cara penyediaan pad krapao ini adalah dengan menggunakan teknik stir fry sahaja dan ianya masak sekali , maksudnya sayur dan dagung dimasak dalam 1 kuali sahaja. Masaka ini amat ringkas namun anda perlu ke kedai membeli bahan masakan dari Thailand untuk mendapat keaslian rasanya, baiklah berikut adalah bahan-bahan diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 pek daging cincang
Bahan perasa
- 3 ulas bawang putih cincang
- 4-5 ulas cili api potong kecil
- 1 tsp sos ikan
- 1 tbsp sos tiram
- 1 tbsp kicap
- Secekak daun Thai basil (daun selasih Thai)
- Telur goreng mata
Kaedah
- Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili api.
- Kemudian masukkan daging dan goreng hingga masak.
- Masukkan sos ikan,tiram dan juga kicap
- Tambah garam jika perlu sebab bahan-bahan sos dah ciukup masin.
- Bila daging dah masak tambah daun dan goreng hingga masak.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas dan juga telur mata.
- Siap!
Pad Kra Pao membawa makna masak stir fry daun basil, resepi kali ini menggunakan daging tapi ia juga boleh disediakan menggunakan daging ayam. Daun basil thai adalah merupakan identiti masakan Thailand, menambahnya akan memberi aroma yang sangat berbeza dengan masakan tempatan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.