Resepi berikut adalah resepi cheesetart dengan menggunakan biscoff sebagai bahan utamanya. Bagi peminat biscoff boleh dikatakan hampir kebanyakkan manisan diberi sentuhan berperisa biscoff akan laku keras. Salah satu kegemaran mereka ialah cheesetart berperisa biscoff. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah butter, gula, telur dan tepung gandum untuk membuat shell tart. Namun begitu tambahan serbuk badam memberi rasa dan aroma yang lebih sedap. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan shell tart
- 250g butter salted lurpark
- 100g gula aising
- 2 biji kuning telur
- 100g serbuk badam
- 400g tepung gandum
Kaedah
- Kacau butter bersama gula hingga bahan-bahan ini sebati.
- Masukkan kuning telur dan selepas itu masukkan serbuk badam.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil uli hingga doh sebati dan lembut.
- Masukkan dalam acuan dan bakar 25 minit pada suhu 160c
- Sejukkan shell tart selepas siap dibakar.
Bahan-bahan cream cheese.
- 250g cream cheese (lembut)
- 50g gula aising (ayak)
Kaedah
- Pukul kedua bahan ini hingga jadi gebu, ketepikan.
Inti
- Sapuan biscoff
- Serdak biskut biscoff (pilihan)
- Penyediaan cheese tart biscoff
- Sediakan shell tart, isi biscoff.
- Paipkan cream cheese secara menegak.
- Bakarkan sebentar hingga cheese tidak lagi melekat dijari.
- Hiasan dengan serdak biscoff dibahagian atas tart
- Siap!
Walaupun sapuan biscoff ini agak mahal, namun sejak kemunculannya ia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi, Jadi sudah tentu berbaloi jika anda cuba sendiri resepi ini untuk hidangan anda sekeluarga. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.