Resepi kali ini merupakan resepi dessert yang berasal dari Filipina. Buko pandan adalah sejenis manisan yang disediakan menggunakan gabungan jeli, susu dan air kelapa. Manisan ini agak menarik kerana gabungan bahan-bahan yang lain dari kebiasaan manisan yang terdapat dinegara kita ini. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan Jeli Pandan
- 1 liter air kelapa ( 2 biji air kelapa + air + 4 helai daun pandan dan tapis)
- 10 g serbuk agar-agar
- 100g gula pasir
- Pewarna hijau
Bahan lain
- Sagu ( rebus dan cuci dibawah air lalu)
- Isi kelapa muda
- *Susu cair
- * Susu manis ( ikut suka manis)
- Campur dahulu kedua bahan *
Penyediaan Buko Pandan.
- Potong jeli pandan kepada saiz kiub.
- Masukkan pandan,isi kelapa dan sagu didalam 1 bekas besar.
- Kemudian masukkan susu yang telah dibancuh bersama tadi.
- Kacau suoaya sebati.
- Tambah air batu.
- Siap!
Ada juga sesetengah resepi buko yang menggunakan cream cheese dan tentulah ia memberi rasa yang berbeza dan lebih terasa premium. Apapun resepi ini sedap dan berbaloi untuk dicuba. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.