Resepi Lemak Putih Umbut Kelapa Masakan Kampung Yang Jarang Jumpa
Resepi berikut ini adalah resepi yang jarang-jarang dapat disediakan. Ini kerana bahan utama yang digunakan dalam resepi ini ialah umbut kelapa. Umbut kelapa ini unik kerana Ianya hanya boleh didapati bila sebatang pokok kelapa ditebang. Umbutnya yang lebih dan manis terdapat dibahagian paling atas pokok kelapa.Ianya boleh dimakan mentah namun paling popular Ianya dimasak dengan lemak putih dan dimakan bersama sambal belacan. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Umbut kelapa (sepiring)
- Segenggam ikan bilis
- 1/2 camca kecil lada putih biji (ditumbuk halus)
- 1 pek kecil santan pekat
- 1 cawan air
- 2 biji bawang besar (potong baji)
- 2 ulas cili merah (potong serong)
- sedikit garam
Kaedah
- Umbut kelapa dibersihkan dengan menanggalkan kulit yang sedikit keras dibahagian luarnya untuk mendapatkan isi yang putih lembut di dalamnya dan hiris nipis.
- Masukkan air dan rebus umbut kelapa hingga sedikit lembut.
- Kemudian masukkan bawang, cili merah,ikan bilis dan lada putih tumbuk.
- Biarkan ia mengelegak dahulu dan tambah garam serta ajinomoto jika anda suka.
- Akhir sekali masukkan santan pekat dan tambah air jika anda suka ia cair.
- Siap!
Umbut kelapa boleh dicari dipasar tani dimana bahan masakan dari kebun persendirian banyak dijual dan jika anda bertuah anda bolehlah mencuba resepi ini. Jangan lupa untuk menyediakan sambal belacan sekali atau jika anda suka makan dengan ayam atau ikan goreng berlada pun sedap. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.