Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sandwich Telur Pedas Tangy Sekali Sekala Tukar Selera

author name

Resepi sandwich merupakan salah satu resepi yang paling mudah ditemui di internet. Namun begitu ada banyak resepi dan inovasi yang berbeza dalam menghasilkan sandwich yang kena dengan tekak. Contohnya resepi kali ini dimana sangat sesuai disediakan sebagai bekalan dalam perjalanan jauh. 

Sandwich telur kali ini menggunakan sedikit jus limau bersama hirisan cili api yang memberi satu rasa yang ‘tangy’ masam, berlemak dan pedas! Dan bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • *2 biji telur rebus
  • *½ biji bawang besar potong dadu
  • *3 ulas cili api merah buang biji dan hiris nipis
  • 1-2 tsp jus lemon
  • 2 tbsp mayonis 
  • Serbuk lada sulah dan sedikit garam
  • Roti Massimo (sapu butter setiap keping)
  • Salad mak tam
  • Tomato

Kaedah

  • Campur semua bahan * dalam plastik.
  • Picit dan lenyekkan semua bahan agar bersatu.
  • Kemudian masukkan jus lemon, mayonis , garam dan lada sulah.
  • Terus ramas plastik dan pastikan semua bahan sebati.
  • Ketepikan

Penyediaan Sandwich

  • Sapu setiap roti dengan butter atau mayonis.
  • Letak salad dan hirisan tomato pada sekeping roti.
  • Sapukan inti telur pada sekeping lagi roti.
  • Kemudian gabungkan kedua keping
  • Potong tepi roti dan potong Sandwich kepada 4 bahagian
  • Siap!

Untuk menghasilkan sandwich yang cantik bila dipotong anda boleh menggunakan roti yang sedikit keras seperti massimo. Atau masukkan sandwich dalam peti ais sebelum dipotong namun roti sandwich biasa tidak kurang sedapnya, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.